COVID-19: Virus mirip Covid-19, ancam dunia
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com ANCAMAN virus baru sehebat Covid-19 bakal membuat banyak negara di dunia menghadapi kesukaran untuk tangani perubahan cara hidup norma baru. Kehadirannya dibimbangi menambahkan lagi kesan samada dari sudut ekonomi, politik dan sosial terhadap negara-negara yang masih terancam dengan Covid-19. Sejak penyebaran Covid-19 pada akhir Disember tahun lalu, banyak negara kuasa besar di Eropah dan Asia masih diancam virus Covid-19. Malah, ketika penulisan ini dihasilkan, berdasarkan data rasmi John Hopkins University, seramai 250,000 jangkitan dalam tempoh sehari. Baru-baru ini, AFP melaporkan penyelidik di China dikatakan menemui virus dari genetik HINI iaitu sejenis virus selesema babi yang mampu berjangkit kepada manusia. Virus ini juga dikatakan mempunyai kemampuan menjangkiti manusia dan mirip virus Covid-19. Kajian yang dilakukan penyelidik dari sebuah universiti di China dilakukan bermula 2011 hingga 2018 berdasarkan sampel ujian did...