COVID-19: Virus mirip Covid-19, ancam dunia

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

ANCAMAN virus baru sehebat Covid-19 bakal membuat banyak negara di dunia menghadapi kesukaran untuk tangani perubahan cara hidup norma baru. Kehadirannya dibimbangi menambahkan lagi kesan samada dari sudut ekonomi, politik dan sosial terhadap negara-negara yang masih terancam dengan Covid-19.

Sejak penyebaran Covid-19 pada akhir Disember tahun lalu, banyak negara kuasa besar di Eropah dan Asia masih diancam virus Covid-19. 

Malah, ketika penulisan ini dihasilkan, berdasarkan data rasmi John Hopkins University, seramai 250,000 jangkitan dalam tempoh sehari.

Baru-baru ini, AFP melaporkan penyelidik di China dikatakan menemui virus dari genetik HINI iaitu sejenis virus selesema babi yang mampu berjangkit kepada manusia. Virus ini juga dikatakan mempunyai kemampuan menjangkiti manusia dan mirip virus Covid-19.

Kajian yang dilakukan penyelidik dari sebuah universiti di China dilakukan bermula 2011 hingga 2018 berdasarkan sampel ujian didapati bahawa kemunculan patogen zoonotik baru.

Patogen zoonotik adalah jangkitan yang disebarkan di antara haiwan vertebrata (haiwan bertulang belakang) kepada manusia atau sebaliknya.

Kebimbangan sebaran haiwan berkenaan kerana kebanyakannya membabitkan haiwan ternakan yang bertujuan makanan utama.


(Penulisan ini dikemaskini pada 30.7.2020)


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.