Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

RENCANA: Catatan hampir usia 50 tahun.

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com TARIKH 8hb Jun 2021, tempoh kurang dua bulan, usia penulis genap 50 tahun. Pada usia warga emas, terimbau pelbagai liku-liku perjalanan pernah diharungi terutamanya perjalanan sebagai seorang penulis. Penulis ceburi bidang penulisan sekitar awal tahun 1990-an iaitu pada usia 19 tahun, didorong jiwa memberontak penulis menjadikan penulisan sebagai laluan untuk mencurahkan perkara-perkara yang bermain di fikiran. Kebanyakan karya-karya sajak dan cerpen yang dihasilkan dihantar ke media-media cetak dan elektronik ketika itu, antaranya Berita Harian, Utusan Malaysia, Radio 3 Melaka, Radio 3 Johor Bahru dan beberapa majalah lain. Setiap bayaran sajak yang diterima berjumlah antara RM15 hingga RM20 setiap kali karya disiarkan. Bayaran yang diterima memberi semangat kepada penulis untuk terus berkarya. Hampir setiap bulan, penulis mendapat hampir RM100 hingga RM150 hasil daripada karya yang disiarkan. Bayaran yang diterima itu dianggap lumayan ketika itu k...