Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

Covid-19: WHO, antivaksin antara ancaman kesihatan dunia.

Sulaimansalleh2015@gmail.com Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama. KISAH golongan antivaksin di negara mulai hangat diperkatakan apabila negara mula menggalakkan penggunaan vaksin bagi mengurangkan dan mencegah penularan virus Covid-19. Harus diambil perhatian bahawa golongan terbabit disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara 10 ancaman kesihatan di dunia. Perkara itu perlu diambil perhatian kerana perbuatan dan pegangan golongan antivaksin boleh menyebabkan penyakit yang sudah dapat dicegah atau dikawal dengan vaksin berupaya merebak kembali. Perbuatan itu bakal mengakibatkan kematian kepada individu yang terdedah kepada sesuatu jangkitan, contohnya virus Covid-19. Secara umumnya, fahaman antivaksin sudah wujud di Amerika Syarikat sejak awal kurun ke-19 lalu. Difahamkan, alasan-alasan golongan terbabit menolak penggunaan vaksin membabitkan teori konspirasi iaitu sesuatu penyakit sengaja diwujudkan dan dikatakan vaksin pen...

COVID-19: Data 28 hari, Malaysia lonjak ke-12 dunia.

Sulaimansalleh2015@gmail.com Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama. KEDUDUKAN terkini kadar jangkitan Covid-19 di Malaysia yang meningkat pada gelombang ketiga penularan pada 9 Julai lalu kepada 62 kes, kini kebanyakan data harian lepasi 20,000 sehari. Jumlah jangkitan harian yang tinggi itu meletakkan Malaysia (data John Hopkins University) pada kedudukan ke-12 daripada lebih 200 negara atau wilayah yang dijangkiti virus berbahaya itu. Data dalam tempoh 28 hari yang dikeluarkan oleh John Hopkins University, menunjukkan jangkitan Covid-19 di Malaysia antara paling tinggi di dunia. Ketika ini, Malaysia catatkan sejumlah kira-kira 1,364,000 jangkitan Covid-19 dengan hampir 12,000 kematian. Selain itu, negara Asia Tenggara lain antaranya Indonesia dan Thailand turut berada antara negara paling teruk dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 28 hari lalu. Pemerhatian penulis di media sosial terutama telegram dan beberapa media sosial didapati kebanyakan ma...

COVID-19: Malaysia antara tertinggi, jangkitan di ASEAN

Sulaimansalleh2015@gmail.com Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama. Negara-negara di Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) termasuk Malaysia menerima jangkitan Covid-19 pada awal tahun 2020 lalu. Sejak lebih setahun lalu, sebaran virus yang mampu membunuh ini terus menghantui dan digeruni masyarakat dunia terutama di negara-negara ASEAN. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 disertai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor Leste. Berdasarkan data John Hopkins University, negara-negara ASEAN, jangkitan lepasi sejuta adalah Indonesia hampir 4 juta jangkitan dengan lebih 100,000 kematian; diikuti Filipina, hampir 2 juta jangkitan dengan hampir 30,000 kematian; Malaysia, lebih 1.2 juta jangkitan dengan lebih 10,000 kematian. Negara Thailand, lebih 700,000 jangkitan dengan hampir 6,000 kematian; diikuti Burma, lebih 300,000 jangkitan dengan ...