COVID-19: Data 28 hari, Malaysia lonjak ke-12 dunia.

Sulaimansalleh2015@gmail.com
Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama.

KEDUDUKAN terkini kadar jangkitan Covid-19 di Malaysia yang meningkat pada gelombang ketiga penularan pada 9 Julai lalu kepada 62 kes, kini kebanyakan data harian lepasi 20,000 sehari.

Jumlah jangkitan harian yang tinggi itu meletakkan Malaysia (data John Hopkins University) pada kedudukan ke-12 daripada lebih 200 negara atau wilayah yang dijangkiti virus berbahaya itu.

Data dalam tempoh 28 hari yang dikeluarkan oleh John Hopkins University, menunjukkan jangkitan Covid-19 di Malaysia antara paling tinggi di dunia.

Ketika ini, Malaysia catatkan sejumlah kira-kira 1,364,000 jangkitan Covid-19 dengan hampir 12,000 kematian.

Selain itu, negara Asia Tenggara lain antaranya Indonesia dan Thailand turut berada antara negara paling teruk dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 28 hari lalu.

Pemerhatian penulis di media sosial terutama telegram dan beberapa media sosial didapati kebanyakan masyarakat negara ini mencurahkan rasa bimbang terutama di negeri-negeri jangkitannya yang tinggi.

Malah, terdapat saluran media sosial terbabit turut mengkaitkan penularan Covid-19 di negara ini dengan isu-isu semasa terutama membabitkan perbincangan atau sebaran maklumat mengenai politik semasa.

Ketika negara dalam keadaan dilanda pandemik yang mencabar ini, seharusnya rakyat negara ini bersatu hati dan ketepikan pandangan peribadi atau ideologi tertentu. 

Semoga virus pembunuh ini segera hilang dari bumi Malaysia terutamanya supaya keselesaan kehidupan yang pernah dilalui dapat dinikmati kembali.


(Penulisan ini dikemaskini pada 15.8.2021: jam 1.00 pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.