Covid-19: WHO, antivaksin antara ancaman kesihatan dunia.

Sulaimansalleh2015@gmail.com
Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama.

KISAH golongan antivaksin di negara mulai hangat diperkatakan apabila negara mula menggalakkan penggunaan vaksin bagi mengurangkan dan mencegah penularan virus Covid-19.


Harus diambil perhatian bahawa golongan terbabit disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara 10 ancaman kesihatan di dunia.

Perkara itu perlu diambil perhatian kerana perbuatan dan pegangan golongan antivaksin boleh menyebabkan penyakit yang sudah dapat dicegah atau dikawal dengan vaksin berupaya merebak kembali.

Perbuatan itu bakal mengakibatkan kematian kepada individu yang terdedah kepada sesuatu jangkitan, contohnya virus Covid-19.

Secara umumnya, fahaman antivaksin sudah wujud di Amerika Syarikat sejak awal kurun ke-19 lalu.

Difahamkan, alasan-alasan golongan terbabit menolak penggunaan vaksin membabitkan teori konspirasi iaitu sesuatu penyakit sengaja diwujudkan dan dikatakan vaksin penawarnya dihasilkan oleh syarikat atau kelompok tertentu yang mewujudkan sesuatu penyakit.

Dikatakan, konspirasi terbabit bertujuan perniagaan atau berkaitan ideologi tertentu.

Selain itu, teori konspirasi terbabit juga berkaitan dengan kepercayaan agama yang menolak vaksin yang dipercayai mengandungi kandungan tertentu.

Semoga masyarakat negara ini, terhindar daripada fahaman golongan antivaksin kerana mereka mendedahkan diri sendiri dan orang di sekelilingnya kepada jangkitan virus yang mampu membunuh seperti Covid-19.

Jika terdapat golongan antivaksin di negara ini, haruslah mereka kembali kepada pakar yang lebih faham mengenai penggunaan vaksin terutama ketika pandemik Covid-19.


(Penulisan ini dikemaskini pada 24.8.2021: jam 10.00 pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020



Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.