COVID-19: Varian Omicron, mengancam Dunia.
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Mohon klik iklan. Terima kasih atas kerjasama. DUNIA sekali lagi dikejutkan dengan varian Covid-19 yang dikatakan varian ini kebal daripada vaksin sedia ada. Varian Omicron dikatakan bermutasi protein sebanyak 32 kali berbanding varian Delta sebanyak sembilan kali. Berdasarkan mutasi berkenaan, jelas menunjukkan bahawa varian Omicron mempunyai lebih tiga kali ganda keupayaan berjangkit berbanding varian Delta. Varian Omicron dikatakan kebal daripada semua jenis vaksin yang pernah dihasilkan. Ianya, dikesan oleh ahli sains negara selatan Afrika pada 25 November lalu. Hingga penulisan ini dikemaskini, negara selatan Afrika yang dijangkiti varian Omicron adalah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Namibia dan Zimbabwe. Di negara Afrika Selatan, sejak varian baharu itu dikesan penduduk negara itu dijangkiti Covid-19 hampir 3 juta jangkitan dikesan dan hampir 100,000 daripadanya meninggal dunia. Difahamkan, varian Omicron me...