COVID-19: Punca penyebarannya hampir ditemui.

Sulaimansalleh2015@gmail.com

HINGGA penulisan ini dikemaskini, punca sebenar berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh dunia masih gagal dikesan asal-usulnya. Hampir memasuki tahun ketiga pandemik yang meresahkan seluruh dunia ini masih kekal dikatakan berasal dari Wuhan, China.



Pada masa kini, pakar yang mengkaji virus Covid-19 yakini bahawa ianya berasal dari spesies haiwan jenis kelawar dan berpindah kepada manusia serta berkemungkinan menerusi haiwan jenis mamalia (hos asal) yang belum dikenali pasti.

Bagaimanapun, baru-baru ini Berita Harian Online, dengan memetik laporan daripada AGENSI dari Singapura menyatakan para penyelidik dari Sekolah Perubatan Duke-NUS, Singapura mengesahkan pandemik Covid-19 tidak berasal dari China.

Dinyatakan, kelawar yang dikenali ladam kuda sangat mirip spesies kelawar pembawa virus coronavirus yang menyebabkan Covid-19 ditemui di luar negara China antaranya Kemboja, Thailand, Australia dan Eropah.

Sementara itu, laporan dari AGENSI (organisasi yang mengumpulkan laporan berita dan menjualnya kepada pertubuhan langganan berita, seperti akhbar, majalah dan penyiar radio dan televisyen) punca kepada pandemik Covid-19 hanya disahkan jika ianya mempunyai 99 peratus persamaan genetik antara genom SARS-CoV-2 dan pada spesies kelawar berkenaan.

Kajian yang disiarkan di Jurnal Nature Communications, mengenai penemuan coronavirus pada kelawar ladam kuda Rhinolophus acuminatus di Thailand menyatakan mempunyai persamaan 91.5 peratus dengan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19.

Jurnal berkenaan melaporkan, hingga kini ditemuikan virus terdekat dengan SARS-CoV-2 dikesan pada kelawar ladam kuda Rhinolophus affinis di wilayah Yunnan, China, dengan persamaan genetik 96.2 peratus.

Kajian awal yang diterbitkan Januari lalu, turut dinyatakan virus yang sama dalam kelawar ladam kuda Rhinolophus shameli di Kemboja, mempunyai ketepatan virus sebanyak 92.6 peratus menyamai SARS-CoV-2.

Selain itu, terdapat lebih 100 spesies dalam kumpulan kelawar yang ditemui secara meluas dari Australia ke Eropah dan kajian lanjut perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian berlakunya pandemik kesihatan yang mengancam seluruh dunia.

Pandangan pakar, menjauhi habitat kelawar terbabit dan mengelakkan menjadikannya sebagai makanan adalah cara terbaik mengelakkan berulangnya pandemik virus pembunuh itu.

Awal April 2021 lalu, Bernama melaporkan WHO mengeluarkan laporan berkaitan asal-usul Covid-19 selepas pertubuhan antarabangsa itu melakukan penyelidikan bersama kerajaan China berkaitan cara virus yang mampu membunuh itu merebak.

Penyelidikan yang dilakukankan bermula 14 Januari hingga 10 Februari 2021 di Wuhan, China itu adalah gabungan 34 pakar dari WHO dan China.

Berdasarkan laporan berkenaan dipercayai virus COVID-19 mula merebak melalui rantaian produk makanan atau produk sejuk beku dan "sangat tidak mungkin" virus bermula melalui kemalangan makmal.

Terkini, pada 22 September 2021 Berita Mediacorp melaporkan haiwan jenis kelawar yang mempunyai virus seperti Covid-19 ditemui di Laos. 

Laporan yang memetik kenyataan AFP menyatakan bahawa sekumpulan penyelidik dari Institut Pasteur, Perancis dan Universiti Nasional Laos menemui kajian terdapatya kandungan genetik mirip virus SARS-CoV-2 dari kelawar yang ditemui di gua batu kapur bahagian utara Loas.

Daripada sampel kelawar yang diuji, tiga didapati mirip dengan virus penyebab Covid-19, iaitu mekanisme yang bersangkut dengan sel manusa.

Semoga punca sebenarnya berlakunya pandemik Covid-19 segera ditemui, kerana penduduk bumi berhak mengetahuinya bagi mengelakkan kejadian yang berlaku daripada berulang kembali.


(Penulisan ini dikemaskini pada 5.11.2021)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.