COVID-19: Varian Omicron, mengancam Dunia.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Mohon klik iklan. Terima kasih atas kerjasama.

DUNIA sekali lagi dikejutkan dengan varian Covid-19 yang dikatakan varian ini kebal daripada vaksin sedia ada. Varian Omicron dikatakan bermutasi protein sebanyak 32 kali berbanding varian Delta sebanyak sembilan kali.

Berdasarkan mutasi berkenaan, jelas menunjukkan bahawa varian Omicron mempunyai lebih tiga kali ganda keupayaan berjangkit berbanding varian Delta.

Varian Omicron dikatakan kebal daripada semua jenis vaksin yang pernah dihasilkan. Ianya, dikesan oleh ahli sains negara selatan Afrika pada 25 November lalu.

Hingga penulisan ini dikemaskini, negara selatan Afrika yang dijangkiti varian Omicron adalah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Namibia dan Zimbabwe.

Di negara Afrika Selatan, sejak varian baharu itu dikesan penduduk negara itu dijangkiti Covid-19 hampir 3 juta jangkitan dikesan dan hampir 100,000 daripadanya meninggal dunia.

Difahamkan, varian Omicron menyumbang kira-kira 10 peratus jumlah keseluruhan pesakit di pusat perebakan varian Omicron, Tshwane, Afrika Selatan.

Berdasarkan laporan media tempatan Malaysia, hingga penulisan ini dikemaskini, negara-negara yang sudah dijangkiti Omicron adalah Afrika Selatan, Botswana, Hong Kong,  Australia, Belanda dan Malaysia.

Semoga varian Omicron dapat dihindari memasuki negara ini dan pengalaman lalu semasa kadar jagkitan harian lepasi 20,000 kes sehari harus dijadikan pengajaran yang bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia.

(Artikel ini dikemaskini pada 5.12.2020)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Rujukan:

1. Berita Harian Online, 3 Disember 2021. Pelajar dari Afrika Selatan punca kes pertama Omicron di Malaysia. New Straits Times Press (M) Bhd. Kuala Lumpur.

1. Berita Harian Online, November 30, 2021. Ramai kanak-kanak masuk hospital di pusat perebakan Omicron di Afrika Selatan. New Straits Times Press (M) Bhd. Kuala Lumpur.

2. Berita Harian Online, November 29.2021. Belanda sahkan 13 kes varian COVID-19 Omicron. New Straits Times Press (M) Bhd. Kuala Lumpur.

3. Berita Harian Online, November 28, 2021. Australia sahkan kes pertama COVID-19 varian Omicron. New Straits Times Press (M) Bhd. Kuala Lumpur.

4. Berita Harian Online, November 26, 2021. Kawalan sempadan diperketat bermula esok. New Straits Times Press (M) Bhd. Kuala Lumpur.

5. https://eharakah.net.my. November 26, 2021. Varian baharu Covid-19: B.1.1.529 dikesan di Afrika Selatan.



Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.