Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

COVID-19: Malaysia semakin hampir jangkitan sejuta.

Sulaimansalleh2015@gmail.com DIJANGKAKAN jangkitan Covid-19 di negara ini bakal lepasi sejuta dalam tempoh kurang daripada empat hari kerana jangkitan harian lepasi 10,000 sehari. Ketika penulisan ini dikemaskini, data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sejumlah kira-kira 965,000 jangkitan Covid-19 dengan hampir 7,600 kematian. Jumlah jangkitan harian yang tinggi itu meletakkan Malaysia (data John Hopkins University) pada kedudukan ke-31 daripada lebih 200 negara atau wilayah yang dijangkiti virus berbahaya itu. Sementara itu, jangkitan virus yang mampu membunuh ini di seluruh dunia yang dikeluarkan oleh John Hopkins University berjumlah hampir 200 juta dengan hampir 5 juta kematian. Semoga seluruh rakyat negara ini terutamanya terus bersatu dalam menangani wabak yang sedang mengancam negara dan dunia. Menumpukan kaedah mengatasinya, bekerjasama serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pemerintah adalah cara terbaik menanganinya. Hingga pe...

Covid-19: Julai, laporan Sebenarnya.my.

Sulaimansalleh2015@gmail.com Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama. Ketika ini kebanyakan maklumat yang diperolehi oleh masyarakat datangnya dari media sosial yang kerapkali kesahihan maklumat yang diperolehi mencurigakan, kurang tepat, malah terdapat juga maklumat terbabit adalah palsu. Menyemak sumber berkenaan di laman sesawang yang disediakan oleh pihak kerajaan antaranya Sebenarnya.my adalah antara cara terbaik untuk memastikan kesahihan maklumat sedemikian. Ketika penulisan ini dikemaskini, berikut laporan Sebenarnya.my berkaitan Covid-19 pada Julai 2021: 1.      Dakwaan Bahawa HCTM UKM Kekurangan Bekalan PPE Adalah Tidak Benar. 2.      Mesej Pemberian Vaksin Secara Besar-Besaran Di PPV BACC Tidak Dikeluarkan Oleh PKD Hulu Langat Dan PPV BACC. 3.      MBSP Tidak Pernah Bekerjasama Dengan Mana-Mana Pihak Dalam Pemberian Vaksin COVID-19. 4.      Waspada Penyebaran Borang Pendaftaran ‘Go...

COVID-19: Empat varian mengancam Malaysia, tujuh dalam perhatian KKM.

Sulaimansalleh2015@gmail.com Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama. VARIAN Covid-19 adalah ancaman baharu kepada masyarakat dunia pada masa kini, Malaysia kini juga berhadapan situasi yang sedang melanda dunia itu. Hingga penulisan ini dikemaskini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) senaraikan lima varian covid-19 yang membimbangkan iaitu Alpha, dari United Kingdom; Beta, dari Afrika Selatan; Delta, dari India; Gamma, dari Brazil. Selain itu, KKM turut senaraikan varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) iaitu Theta, dari Filipina; Eta, dari Nigeria; Kappa, dari India; Zeta, dari Brazil; Epsilan, dari Amerika Syarikat; Iota, dari Amerika Syarikat; dan Lambda, dari Peru. Data yang dikeluarkan oleh KKM menunjukkan negara India, Brazil dan Amerika Syarikat mempunyai varian yang perlu mendapat perhatian dan varian yang membimbangkan. Sekadar mengambil contoh varian Delta, dari India. Data KKM menunjukkan varian ini dikesan di Malaysia pada Mei 202...

Covid-19: Kematian Julai, lebih 200 golongan muda, 77 daripadanya tidak berpenyakit.

Sulaimansalleh2015@gmail.com Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama. JANGKITAN virus Covid-19 yang mengancam negara untuk tahun kedua ini dilihat semakin membimbangkan apabila kematian babitkan golongan muda atau bawah 50 tahun semakin membimbangkan. Hingga penulisan ini dikemaskini, seramai 225 kematian akibat virus pembunuh ini babitkan golongan muda dan 77 daripadanya babitkan golongan muda tidak berpenyakit. Berikut kematian akibat Covid-19 membabitkan golongan muda berusia 19 hingga 49 tahun di negara ini: 15 Julai 2021 Tiada data. 14 Julai 2021 Tiada data. 13 Julai 2021 1.      Melaka, perempuan (warga negara), 49 tahun. Kematian di Hospital Melaka. Tidak berpenyakit. 2.      Johor, perempuan (warga negara), 27 tahun. Kematian di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Berpenyakit obesiti. 3. Perak, lelaki (warga negara) 34 tahun. Kematian di Hospital Seri Manjung. Berpenyakit obesiti. 4. Selan...

RENCANA: Virus covid-19 mengancam golongan muda dan kanak-kanak.

Sulaimansallehkuis2.blogspot.com Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama. VIRUS covid-19 dikesan di negara ini lebih setahun lalu iaitu pada Mac 2020. Kematian di negara ini mencatatkan sejumlah kira-kira 5,170 membabitkan pelbagai usia daripada bayi, kanak-kanak, remaja, muda dan warga emas. Pada 1 Jun lalu, kerajaan perkenalkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan jangkitan harian kebanyakan lepasi angka 5,000 sehari. Jangkitan virus yang mampu membunuh ini semakin membimbangkan apabila hampir setiap hari laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan jangkitan baharu terus mengatasi jumlah yang sembuh.  Sekadar mengambil data kematian Jun 2021, mencatatkan sejumlah 339 kematian membabitkan golongan muda. Sejumlah 82 mangsa yang meninggal dunia pula dilaporkan tidak mempunyai laporan penyakit merbahaya seperti darah tinggi dan kencing manis. Malah, data 24 Jun lalu menunjukkan se...

Covid-19: Data 22 Jun 2021, kematian golongan muda meningkat lebih 300 kematian, lebih 80 tidak berpenyakit.

Sulaimansalleh2015@gmail.com Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama. VIRUS Covid-19 yang sedang menular di negara ini semakin merbahaya apabila jumlah kematian babitkan golongan muda tidak berpenyakit semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pada 1 Jun lalu, kerajaan perkenalkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan data Jun 2021 mencatatkan sejumlah 339 kematian membabitkan golongan muda. Sementara itu, sejumlah 82 mangsa yang meninggal dunia dilaporkan tidak mempunyai laporan penyakit merbahaya seperti darah tinggi dan kencing manis. Data 24 Jun lalu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Difahamkan mangsa mengalami penyakit asma. Berikut kematian akibat Covid-19 membabitkan golongan muda berusia 19 hingga 49 tahun di negara ini: 30 Jun 2021 1.      Selangor, lelaki (warga negara), 49 tahun. Kematian di Hospital Sungai Buloh. Berpenyakit kenci...