COVID-19: Empat varian mengancam Malaysia, tujuh dalam perhatian KKM.

Sulaimansalleh2015@gmail.com
Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama.

VARIAN Covid-19 adalah ancaman baharu kepada masyarakat dunia pada masa kini, Malaysia kini juga berhadapan situasi yang sedang melanda dunia itu.

Hingga penulisan ini dikemaskini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) senaraikan lima varian covid-19 yang membimbangkan iaitu Alpha, dari United Kingdom; Beta, dari Afrika Selatan; Delta, dari India; Gamma, dari Brazil.

Selain itu, KKM turut senaraikan varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) iaitu Theta, dari Filipina; Eta, dari Nigeria; Kappa, dari India; Zeta, dari Brazil; Epsilan, dari Amerika Syarikat; Iota, dari Amerika Syarikat; dan Lambda, dari Peru.

Data yang dikeluarkan oleh KKM menunjukkan negara India, Brazil dan Amerika Syarikat mempunyai varian yang perlu mendapat perhatian dan varian yang membimbangkan.

Sekadar mengambil contoh varian Delta, dari India. Data KKM menunjukkan varian ini dikesan di Malaysia pada Mei 2021 lalu.

Difahamkan, data KKM, dikatakan ketika penulisan ini dikemaskini, varian Delta sudah menjangkiti hampir 100 penduduk Malaysia.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat empat varian yang perlu dibimbangkan iaitu varian yang dipercayai berasal dari United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.

Semoga masyarakat negara ini sentiasa perihatin dengan penularan virus yang sudah memasuki tahun kedua menular di dalam negara ini.

Kaedah terbaik mengembalikan cara hidup yang pernah dilalui sebelum ini adalah mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kerajaaan. Di samping mengambil suntikan vaksin seperti yang disyorkan oleh pemerintah.

Pihak pemerintah hanya membantu tetapi rakyat negara ini terutamanya memainkan peranan penting dan utama mencegah pandemik Covid-19 di negara ini.


(Penulisan ini dikemaskini pada 13.7.2021: jam 9.00 am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.