COVID-19: Malaysia semakin hampir jangkitan sejuta.

Sulaimansalleh2015@gmail.com

DIJANGKAKAN jangkitan Covid-19 di negara ini bakal lepasi sejuta dalam tempoh kurang daripada empat hari kerana jangkitan harian lepasi 10,000 sehari.


Ketika penulisan ini dikemaskini, data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sejumlah kira-kira 965,000 jangkitan Covid-19 dengan hampir 7,600 kematian.

Jumlah jangkitan harian yang tinggi itu meletakkan Malaysia (data John Hopkins University) pada kedudukan ke-31 daripada lebih 200 negara atau wilayah yang dijangkiti virus berbahaya itu.

Sementara itu, jangkitan virus yang mampu membunuh ini di seluruh dunia yang dikeluarkan oleh John Hopkins University berjumlah hampir 200 juta dengan hampir 5 juta kematian.

Semoga seluruh rakyat negara ini terutamanya terus bersatu dalam menangani wabak yang sedang mengancam negara dan dunia.

Menumpukan kaedah mengatasinya, bekerjasama serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pemerintah adalah cara terbaik menanganinya.

Hingga penulisan ini dikemaskini, belum ada tanda menunjukkan bahawa negara berjaya mengatasi penularan wabak yang sedang mengancam rakyat negara ini.

Semoga wabak yang sudah membunuh jutaan manusia sejak lebih setahun lalu segera berakhir supaya kehidupan yang pernah dilalui sebelum kewujudannya dapat dirasakan kembali.


(Penulisan ini dikemaskini pada 24.7.2021: jam 1.00 am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.