RENCANA: Virus covid-19 mengancam golongan muda dan kanak-kanak.

Sulaimansallehkuis2.blogspot.com
Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama.

VIRUS covid-19 dikesan di negara ini lebih setahun lalu iaitu pada Mac 2020. Kematian di negara ini mencatatkan sejumlah kira-kira 5,170 membabitkan pelbagai usia daripada bayi, kanak-kanak, remaja, muda dan warga emas.


Pada 1 Jun lalu, kerajaan perkenalkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan jangkitan harian kebanyakan lepasi angka 5,000 sehari.

Jangkitan virus yang mampu membunuh ini semakin membimbangkan apabila hampir setiap hari laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan jangkitan baharu terus mengatasi jumlah yang sembuh. 

Sekadar mengambil data kematian Jun 2021, mencatatkan sejumlah 339 kematian membabitkan golongan muda.

Sejumlah 82 mangsa yang meninggal dunia pula dilaporkan tidak mempunyai laporan penyakit merbahaya seperti darah tinggi dan kencing manis.

Malah, data 24 Jun lalu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Difahamkan mangsa mengalami penyakit asma.

Laporan daripada KKM, hingga penulisan ini dihasilkan, menunjukkan sejumlah 905 mangsa sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 452 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Penularan virus yang masih mengancam negara dan dunia ini harus dilihat sebagai sesuatu yang serius dan ancamannya tidak harus diambil mudah.

Meremehkan keupayaannya mengancam nyawa dan mengabaikan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak pemerintah adalah satu daripada kesilapan yang tidak seharusnya dilakukan.

Semoga virus yang mampu membunuh ini segera hilang dari muka bumi ini dan kehidupan yang pernah dilalui sebelum kewujudannya dapat dilalui kembali.


(Penulisan ini dikemaskini pada 1.7.2021: jam 9.00 am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.