COVID-19: Januari 2021, 14 laporan palsu di Sebenarnya.my
Sulaimansalleh2015@gmail.com AWAL tahun 2021 dilaporkan beberapa laporan palsu mengenai virus pembunuh Covid-19 di negara ini. Hingga penulisan ini dikemaskini, terdapat 14 laporan palsu yang dinyatakan di laman sesawang Sebenarnya.my. Berikut adalah senarai laporan palsu yang dilaporkan di laman sesawang Sebenarnya.my: 1. Dakwaan PKP Di Seluruh Negeri Terengganu Bermula 16 Sehingga 26 Januari 2021 Adalah Tidak Benar 2. Dakwaan Lelaki Memakai Gelang Pink Berkeliaran Di R&R Bukit Gantang Adalah Tidak Benar 3. Dakwaan PKP Akan Dilaksanakan Di Seluruh Negeri Kedah Bermula 18 Sehingga 31 Januari 2021 Adalah Tidak Benar. 4. Poster Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Pada 8 Januari 2021, Jam 4 Petang Adalah Tidak Benar. 5. Dakwaan Bahawa Hasil Bedah Siasat Doktor Di Itali Ke Atas Pesakit COVID-19 Menemui Punca Kematian Bukan Disebabkan Oleh Virus Adalah Tidak Benar. 6. Waspada Penjualan Minuman Kononnya Penawar Virus COVID-19. 7. Tiada Arahan Jalani Ujian Pengesa...