COVID-19: Januari 2021, 14 laporan palsu di Sebenarnya.my

Sulaimansalleh2015@gmail.com

AWAL tahun 2021 dilaporkan beberapa laporan palsu mengenai virus pembunuh Covid-19 di negara ini.


Hingga penulisan ini dikemaskini, terdapat 14 laporan palsu yang dinyatakan di laman sesawang Sebenarnya.my.

Berikut adalah senarai laporan palsu yang dilaporkan di laman sesawang Sebenarnya.my:

1. Dakwaan PKP Di Seluruh Negeri Terengganu Bermula 16 Sehingga 26 Januari 2021 Adalah Tidak Benar
2. Dakwaan Lelaki Memakai Gelang Pink Berkeliaran Di R&R Bukit Gantang Adalah Tidak Benar
3. Dakwaan PKP Akan Dilaksanakan Di Seluruh Negeri Kedah Bermula 18 Sehingga 31 Januari 2021 Adalah Tidak Benar.
4. Poster Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Pada 8 Januari 2021, Jam 4 Petang Adalah Tidak Benar.
5. Dakwaan Bahawa Hasil Bedah Siasat Doktor Di Itali Ke Atas Pesakit COVID-19 Menemui Punca Kematian Bukan Disebabkan Oleh Virus Adalah Tidak Benar.
6. Waspada Penjualan Minuman Kononnya Penawar Virus COVID-19.
7. Tiada Arahan Jalani Ujian Pengesanan COVID-19 Kepada Pengunjung Cameron Highlands.
8. Dakwaan Kononnya Penduduk Rumah Panjang Pasai Siong Dikuarantin Di Dewan Suarah Sibu Adalah Tidak Benar.
9. Dakwaan Terdapat Kes Positif COVID-19 Di Pasaraya OSKI Langkawi Adalah Tidak Benar.
10. PDRM Tidak Kompaun RM1,000 2 Kanak-Kanak Berbasikal Kerana Tidak Patuh SOP PKP.
11. Lelaki Memakai Gelang Pink Sedang Isi Petrol Di Petron Masjid Tanah Telah Tamat Kuarantin.
12. Pekerja Wanita Disaman Kerana Tidak Mematuhi Beberapa SOP.
13. Video Kekecohan Antara Penduduk Rumah Panjang Dengan Beberapa Anggota Polis Bukan Di Kawasan Pasai Siong Tengah.
14. Anggota Polis Hanya Bantu Pergerakan Pedati Bagi Mematuhi SOP Yang Telah Ditetapkan.

Semoga masyarakat negara ini menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat atau laporan yang diperolehi di mana-mana media sosial sebelum berkongsi maklumat yang diterima.

Usaha yang dilakukan itu adalah cara terbaik bagi mengurangkan penyebaran maklumat palsu di kalangan masyarakat negara ini.

(Penulisan ini dikemaskini pada 6.2.2021: jam 2.00am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.