TIP MUDAH: Blogger, permulaan hingga mendapat hasil pendapatan.
Sulaimansalleh2015@gmail.com
PENULIS mula berminat menulis di blog hampir 20 tahun lalu tetapi penulis tidak melihatnya sebagai sumber pendapatan utama kerana ketika itu rangkaian internet begitu perlahan serta mempunyai komitmen pekerjaan lain.
Dalam tempoh berkenaan, beberapa blog yang dihasilkan lebih bertujuan mempromosikan karya-karya novel serta karya-karya kreatif tanpa memikirkan sebarang bayaran daripada Google Adsense.
Ketika negara perkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal Mac 2020, penulis kembali mengambil keputusan mewujudkan blog baru dengan nama Sulaimansallehkuis.blogspot.com bagi mengisi masa terluang dan mengurangkan kebosanan disebabkan pergerakan luar rumah terbatas.
Penulisan yang dihasilkan, kebanyakan dikongsi di media sosial terutamanya Facebook ketika itu, kebanyakan 'viewer' lepasi 3,000 hingga 5,000 sehari.
Sambutan luar biasa itu menyebabkan penulis mengambil keputusan untuk mengaktifkan akaun Google Adsense dengan harapan mendapatkan pendapatan daripadanya.
Bagaimanapun, kira-kira tiga bulan selepas itu, selepas mendapat jumlah bacaan hampir 200,000, blog berkenaan dilaporkan melanggar 'Pusat Dasar' Google Adsense dan dilarang dikongsi di mana-mana laman sosial.
Penulis akur dengan keputusan Google Adsense berkenaan, dan mengambil keputusan menutup blog berkenaan dan mewujudkan blog baru.
Bagaimanapun, akaun Google Adsense milik penulis didapati masih aktif walaupun blog Sulaimansallehkuis.blogspot.com berkenaan sudah ditutup.
Blog Baharu
Pengalaman mendapat 'viwer' lepasi 5,000 sehari memberi semangat kepada penulis untuk mewujudkan blog baharu yang diharap memberi pendapatan daripadanya.
Sebahagian hasil pendapatan blog berkenaan diharap dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan, terutama kewangan.
Berdasarkan tontonan di media sosial Youtube, kebanyakan youtuber menyatakan terdapat blogger dan youtuber mendapat pendapatan lumayan hasil daripada Google Adsense.
Bermula awal Julai 2020 lalu, penulis mewujudkan Sulaimansallehkuis2.blogspot.com dan apabila viewer lepasi 10,000, penulis memohon blog berkenaan disambung ke akaun Google Adsense yang sedia ada.
Tempoh selama tiga bulan diberikan oleh Google Adsense bagi menilai kelayakan Sulaimansallehkuis2.blogspot.com untuk dibenarkan menayang iklan pertama.
Selepas tempoh percubaan berakhir iaitu pada November 2020 lalu, hampir sebulan lamanya iklan sebenar belum ditayangkan di blog berkenaan.
Dalam tempoh itu, penulis beranggapan iklan akan ditayangkan secara automatik.
Hampir sebulan lamanya penulis buntu dan pelbagai anggapan timbul terutamanya kemungkinan disebabkan jumlah viewer yang kurang daripada jumlah ditetapkan bagi tayangan iklan.
Selepas hampir sebulan, usaha penulis membuahkan hasil apabila menemui perkongsian seorang Youtuber akan kaedah menayangkan iklan pertama di blog.
Iklan pertama ditayangkan pada malam tahun baharu 2021 dan tayangan iklan pertama itu memberi semangat kepada penulis untuk terus berkarya melalui media sosial.
Kaedah menayangkan iklan pertama di blog boleh ditonton seperti berikut:
Tips: Langkah-langkah awal
1. Melayari mana-mana blog yang disyorkan oleh Google Adsense. Hati-hati, jangan pilih blog yang tidak diiktiraf oleh Google Adsense.
2. Bahan penulisan yang dihasilkan boleh dikongsi di mana-mana media sosial antaranya facebook , telegram, whatsapp dan sebagainya.
Peringatan, blogger dinasihatkan tidak berkomplot dengan individu atau kumpulan tertentu untuk membeli viewer terutamanya.
Jika terdapat aliran trafik di blog mencurigakan, Google Adsense kebiasaannya akan sekat seketika atau selama-lamanya blog berkenaan, ianya dianggap melanggar 'Pusat Dasar' Google Adsense.
3. Simpan artikel dalam bentuk draf atau rancang penulisan supaya pengisian dapat dihasilkan berterusan.
Sebaiknya, dalam tempoh seminggu terdapat tiga atau empat artikel yang dikongsikan di blog supaya viewer akan kekal pada jumlah yang sesuai.
4. Penulis nasihatkan blogger baharu supaya menghasilkan sekurang-kurangnya 10 artikel atau jumlah viewer sudah lepasi jumlah 10,000 barulah memohon untuk mendapatkan akaun Google Adsense.
Tempoh percubaan tiga bulan akan diberikan oleh Google Adsense untuk diberikan nombor akaun Adsense bagi proses permulaan tayangan iklan.
Sebaik tempoh tiga bulan itu berakhir, laman blog berkenaan layak untuk ditayangkan iklan pertama.
Semoga perkongsian ilmu yang ringkas ini memberi manafaat kepada blogger yang berminat mendapatkan pendapatan sampingan.
(Artikel ini dikemaskini pada 11.1.2021: jam 10.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Ulasan
Catat Ulasan