Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

RENCANA: Tips kejayaan cabaran 2021, varian dan La-Nina.

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com MALAYSIA memasuki tahun 2021 dengan membawa dua cabaran utama iaitu varian (virus yang bermutasi dari Covid-19 dan tidak menyerupai bentuk asal induk) yang dikatakan mudah berjangkit kepada individu lain serta kebal daripada vaksin yang sedang dibangunkan. Tahun 2021 juga dikatakan negara ini akan berhadapan La-Nina iaitu keadaan angin kencang dan hujan lebat di beberapa negeri dan wilayah hingga Jun 2021. Dijangkakan beberapa kawasan akan mengalami banjir akibat kadar air hujan yang banyak. La-Nina, menyebabkan kadar hujan di negara ini akan lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kadar hujan yang tinggi sedang dan akan menyebabkan hasil pertanian di beberapa kawasan atau wilayah di negara ini akan terjejas. Hasil pertanian, kebiasaanya mengambil beberapa bulan untuk mengeluarkan hasil dan dipasarkan pada tempoh masa yang tertentu, kebiasaannya beberapa hari selepas dituai bagi mengekalkannya segar. Bekalan makanan negara dikatakan mampu bertahan u...

COVID-19: Mampukah vaksin hapus pandemiknya?

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia MALAYSIA secara rasmi menerima vaksin Covid-19 pada 21 Februari 2021 lalu dan penerimaan itu diharap menghapus pandemiknya terutama di negara ini. Membicarakan mengenai keberkesanan vaksin Covid-19, sekadar mengambil contoh negara Arab Saudi yang lebih awal menggunakan vaksin bagi mengawal penularan virus itu di negaranya. Arab Saudi menerima dan mula menggunakan vaksin Covid-19 bermula akhir Disember 2020 lalu. Berikut adalah carta penularan virus Covid-19 di negara berkenaan. Berdasarkan carta di atas, jangkitan harian di Arab Saudi serendah 94 kes sehari pada 4 Januari 2021 lalu. Bagaimanapun, beberapa minggu selepas itu berlaku peningkatan secara perlahan-lahan hingga penulisan ini dikemaskini, kebanyakan jangkitan harian lepasi 300 sehari dalam tempoh tiga minggu berturut-turut di negara itu. Sementara itu, jangkitan harian di Malaysia seperti carta di bawah. Jika dibandingkan jangkitan Covid-19 di Arab Saudi...

COVID-19: Kesannya, dunia hanya mampu bertahan 2 tahun.

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) mengiktiraf  wabak atau pandemik koronavirus mulai mengancam dunia pada 11 Mac 2020 lalu. Ketika penulisan ini dihasilkan, virus yang mampu membunuh ini tersebar di seluruh dunia lebih 107.8 juta jangkitan dengan lebih 2.4 juta kematian. Sepanjang tempoh hampir setahun lalu, pelbagai kesan negatif daripada pandemik koronavirus terbabit mulai memberi kesan ekonomi, politik, pendidikan, kekurangan bekalan, alam sekitar, budaya, potensi jangka panjang, xenofobia (perasaan sangat takut atau benci terhadap orang asing) dan perkauman. Malah, dalam tempoh itu juga terdapat pelbagai penyebaran maklumat yang kurang tepat serta palsu tersebar di kalangan masyarakat terutamanya melalui media-media sosial. Dalam tempoh hampir setahun pandemik Covid-19 ini, kesan negatif seperti dinyatakan di atas dilihat sedang berlaku dan kebanyakan kerajaan di kebanyakan negara yang terkesan berjaya me...

COVID-19: Februari, statistik jangkitan negara ASEAN

Imej
Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia KADAR jangkitan di Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mendorong pengawalan lebih ketat terutama di sempadan negara bagi mengekang penyebaran virus yang mampu membunuh ini. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 disertai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor Leste. Negara   Penduduk   Jangkitan   kematian   Jangkitan  banding  penduduk  (%)   1. Indonesia   275.1  juta   1,174,779  31,976 0.00430  peratus   2. Filipina   110.4  juta   540,227  11,296 0.00490  peratus   3. Malaysia   32.7  juta   248,316  909 0.00760  peratus   4. Myanmar   54.6  juta   141,427  3,177 0.00260  peratus   5. Singapura   5.9  juta   59,732  29 0.01010...