COVID-19: Mampukah vaksin hapus pandemiknya?

Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia












MALAYSIA secara rasmi menerima vaksin Covid-19 pada 21 Februari 2021 lalu dan penerimaan itu diharap menghapus pandemiknya terutama di negara ini.

Membicarakan mengenai keberkesanan vaksin Covid-19, sekadar mengambil contoh negara Arab Saudi yang lebih awal menggunakan vaksin bagi mengawal penularan virus itu di negaranya.

Arab Saudi menerima dan mula menggunakan vaksin Covid-19 bermula akhir Disember 2020 lalu. Berikut adalah carta penularan virus Covid-19 di negara berkenaan.









Berdasarkan carta di atas, jangkitan harian di Arab Saudi serendah 94 kes sehari pada 4 Januari 2021 lalu.

Bagaimanapun, beberapa minggu selepas itu berlaku peningkatan secara perlahan-lahan hingga penulisan ini dikemaskini, kebanyakan jangkitan harian lepasi 300 sehari dalam tempoh tiga minggu berturut-turut di negara itu.

Sementara itu, jangkitan harian di Malaysia seperti carta di bawah.


Jika dibandingkan jangkitan Covid-19 di Arab Saudi dan Malaysia, terdapat perbezaan ketara dari segi kadar jangkitannya, dilihat Malaysia lebih berjaya mengawal penularannya di peringkat awal berbanding Arab Saudi.

Dilihat dari carta di atas, Malaysia berjaya mengawal penularannya di gelombang pertama dan kedua tetapi ianya meningkat mendadak pada gelombang ketiga.

Peningkatan pada gelombang ketiga dilihat sangat membimbangkan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa diperkenalkan semula bagi mengawal penularannya.

Pengenalan semula PKP, disusuli Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikemaskini dilihat berjaya menurunkan kadar jangkitan harian Covid-19 di negara ini.

Penulis berpandangan, berdasarkan kedua-dua carta di atas, mematuhi SOP adalah cara terbaik mengawal penularan Covid-19.

Tidak perlu lagi mematuhi SOP yang ditetapkan dan berkeyakinan vaksin mampu menghapuskan pandemik Covid-19 harus diketepikan.

Penulis berpandangan sedemikian kerana selain Arab Saudi, kebanyakan negara yang sudah menggunakan vaksin masih terdapat jangkitan di negara terbabit.

Baru-baru ini Bernama melaporkan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia masa kini bakal berakhir pada awal 2022.

Memetik laporan Agensi Berita Anadolu, dipetik kenyataan Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, dinyatakan bahawa pada masa kini banyak maklumat berkaitan virus Covid-19 sudah diperolehi.

Bagaimanapun, Hans Kluge mengingatkan keadaan sebenar pandemik virus yang sedang melanda dunia pada masa kini sukar diramalkan pada masa-masa hadapan.


(Penulisan ini dikemaskini pada 22.2.2021: jam 10.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.