COVID-19: Kesannya, dunia hanya mampu bertahan 2 tahun.

Sulaimansalleh2015@gmail.com
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia












PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) mengiktiraf  wabak atau pandemik koronavirus mulai mengancam dunia pada 11 Mac 2020 lalu.

Ketika penulisan ini dihasilkan, virus yang mampu membunuh ini tersebar di seluruh dunia lebih 107.8 juta jangkitan dengan lebih 2.4 juta kematian.

Sepanjang tempoh hampir setahun lalu, pelbagai kesan negatif daripada pandemik koronavirus terbabit mulai memberi kesan ekonomi, politik, pendidikan, kekurangan bekalan, alam sekitar, budaya, potensi jangka panjang, xenofobia (perasaan sangat takut atau benci terhadap orang asing) dan perkauman.

Malah, dalam tempoh itu juga terdapat pelbagai penyebaran maklumat yang kurang tepat serta palsu tersebar di kalangan masyarakat terutamanya melalui media-media sosial.

Dalam tempoh hampir setahun pandemik Covid-19 ini, kesan negatif seperti dinyatakan di atas dilihat sedang berlaku dan kebanyakan kerajaan di kebanyakan negara yang terkesan berjaya mengawalnya.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa negara dilihat mulai menghadapi kesukaran mengawal kesannya dan berharap vaksin penyembuh virus ini bagi mengawalnya.

Mampukah vaksin Covid-19 mengawal penularan virus yang mampu membunuh ini dalam tempoh setahun daripada sekarang terutama di Malaysia?

Pemberian vaksin bagi virus ini secara percuma juga dinyatakan bakal diberikan secara berperingkat bermula akhir Februari 2021 ini.

Keupayaan vaksin Covid-19 itu masih dalam bentuk persoalan kerana keberkesanannya harus dilihat secara menyeluruh dan memerlukan tempoh masa tertentu bagi menyatakan ianya benar-benar berkesan.

Selain itu, kerajaan Malaysia memberi pelbagai insentif kepada rakyatnya termasuk pelbagai bantuan serta kelonggaran pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mampukah kerajaan negara ini berterusan memberi bantuan dalam tempoh dua tahun jika vaksin Covid-19 masih gagal menghapuskan penyebaran virus yang berupaya membunuh ini?

Insentif pengeluaran KWSP sebanyak 10 peratus daripada simpanan akaun 1 pula hanya boleh dikeluarkan sekali sahaja dan jika dikeluarkan setiap tahun, persediaan jangka panjang akan memberi kesan negatif terhadap pencarum.

Bantuan serta insentif yang diberikan oleh kerajaan negara ini bukanlah penyelesaian kesan pandemik Covid-19 yang melanda pada masa kini.

Masyarakat negara ini harus kreatif, bersemangat kental dan berusaha mengharungi pandemik Covid-19 ini kerana kerajaan hanya membantu bukannya menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi kini.

Semoga masyarakat negara ini terus memberi kerjasama kepada pihak pemerintah dalam pelbagai sudut yang mampu diberikan, bukannya penyebab kekalutan, mempunyai agenda peribadi atau tertentu.

Juga, semoga masyarakat negara ini mampu bertahan dalam menjalani kehidupan seharian hingga virus yang mampu membunuh ini lenyap daripada bumi yang dicintai dan disayangi ini.


(Penulisan ini dikemaskini pada 12.2.2021: jam 10.00 pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.