RENCANA: Tips kejayaan cabaran 2021, varian dan La-Nina.
Sulaimansalleh2015@gmail.com
MALAYSIA memasuki tahun 2021 dengan membawa dua cabaran utama iaitu varian (virus yang bermutasi dari Covid-19 dan tidak menyerupai bentuk asal induk) yang dikatakan mudah berjangkit kepada individu lain serta kebal daripada vaksin yang sedang dibangunkan.
Tahun 2021 juga dikatakan negara ini akan berhadapan La-Nina iaitu keadaan angin kencang dan hujan lebat di beberapa negeri dan wilayah hingga Jun 2021. Dijangkakan beberapa kawasan akan mengalami banjir akibat kadar air hujan yang banyak.
La-Nina, menyebabkan kadar hujan di negara ini akan lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kadar hujan yang tinggi sedang dan akan menyebabkan hasil pertanian di beberapa kawasan atau wilayah di negara ini akan terjejas.
Hasil pertanian, kebiasaanya mengambil beberapa bulan untuk mengeluarkan hasil dan dipasarkan pada tempoh masa yang tertentu, kebiasaannya beberapa hari selepas dituai bagi mengekalkannya segar.
Bekalan makanan negara dikatakan mampu bertahan untuk beberapa tahun akan datang, tetapi itu adalah makanan asas seperti beras, tepung dan beberapa makanan asas lain.
Makanan sampingan harian seperti daun sup, daun bawang, cili dan tanaman jenis sayur-sayuran sukar disimpan dalam tempoh lama. Ianya perlu dipasarkan atau digunakan dalam tempoh beberapa hari atau kurang dari seminggu.
Penulis berpandangan, keadaan varian yang sedang dibimbangi dan bencana La-Nina yang sedang melanda negara harus diatasi kerana kelemahan yang berlaku itu akan menjadi kekuatan jika ianya berjaya diatasi.
Contohnya, produk pertanian ringkas seperti daun sup, daun bawang, sayur kucai, serai, pokok cili dan beberapa jenis sayur bersaiz kecil boleh ditanam dalam pasu kecil dan kaedah tanaman juga dikatakan mudah.
![]() |
| Tanaman sayur jenis sup (tengah) dan ketumbar (kiri dan kanan) ditanam dalam satu pasu kecil. |
Ketika bencana La-Nina yang berlaku pada masa kini hasil pertanian sampingan itu dijangka akan mengalami kenaikan harga kerana kekurangan bekalan. Kaedah terbaik adalah berusaha menanam sendiri produk pertanian itu disamping membantu mengurangkan kos sara hidup harian yang sedang meningkat.
Selain itu, hasil pertanian itu akan terasa lebih segar serta selamat daripada racun serangga yang kebiasaannya terdapat pada sayuran di pasaran terutama produk import.
Sementara itu, varian Covid-19 yang dilihat ancaman baharu kepada negara dan dunia, walaupun hingga penulisan ini dihasilkan ianya belum dikesan di negara ini, dilihat berupaya menjejaskan hubungan perdagangan termasuk pengimportan produk makanan jenis sayur-sayuran dan buah-buahan daripada negara-negara jiran.
Kaedah terbaik mengelak diri daripada dijangkiti Covid-19 dan varian, jika ia terlepas masuk ke negara ini dan menyebabkan jangkitan meningkat, berusahalah bersungguh-sungguh mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Rantaian hidup virus pembunuh itu akan terputus jika SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui pihak penguatkuasa sedia ada dipatuhi kerana virus itu sukar hidup luar daripada tubuh badan manusia.
Berhadapan cabaran varian dan La-Nina yang sedang berlaku masa kini harus dilalui dengan lebih kreatif supaya permasalahan yang sedang dan bakal dihadapi dapat ditempohi dengan lebih berjaya serta berkesan.
Kreativiti harus dihubungkan dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan supaya ianya dapat dijadikan suatu realiti.
Akhir bicara, semoga rantaian hidup virus pembunuh Covid-19 berserta variannya dapat dihapuskan supaya kehidupan yang pernah dilalui sebelum kehadirannya dapat dinikmati semula.
(Penulisan ini dikemaskini pada 4.1.2021: jam 9.00 pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan
Catat Ulasan