RENCANA: Bersedekah, memberiku keajaiban.
Sulaimansalleh2015@gmail.com BERSEDEKAH sangat mulia di sisi Islam. Kisah seorang hamba Allah, rutin kehidupannya dijadikan aktiviti bersedekah sebagai sebahagian daripada aktiviti utama kehidupannya. Setiap kali apabila diperolehi apa-apa pendapatan, samada sumber gaji bulanan, bonus tahunan, perniagaan perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan atau apa-apa sumber pendapatan yang diperolehi, akan disedekah sebahagian daripadanya. Suatu hari, hamba Allah terbabit perlu jalani rawatan di sebuah pusat rawatan dan perbelanjaannya sangat tinggi hingga perlu mengurangkan perbelanjaan harian diri dan keluarganya. Sebaik semakin pulih dan mampu bergerak sendiri, hamba Allah terbabit teruskan rutin kehidupannya bersedekah. Ketika itu, pada pagi ketika dirinya mahu bersedekah, dirinya hanya mampu bersedekah RM2, berbeza daripada kemampuannya sebelum ini. Tengahari, pada hari sama, hamba Allah terbabit menerima mesej bahawa dia perlu jelaskan bil tertunggak hampir RM200 pada hari mesej itu diteri...