COVID-19: Februari 2021 lalu, tujuh laporan di Sebenarnya.my
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
KADAR jangkitan Covid-19 yang tinggi pada gelombang ketiga di negara ini dilihat terdapat beberapa laporan palsu dilaporkan di laman sesawang Sebenarnya.my yang diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Berikut adalah laporan palsu dan tidak tepat yang disenaraikan di laman sesawang Sebenarnya.my:
1. Penjelasan Berkenaan Laporan Hospital Serdang Mengutamakan ‘Influencer’ Dalam Pemberian Vaksin COVID-19.
2. Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Tidak Digalakkan Memasuki Pusat Beli-belah / Kedai Makan.
3. Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 Yang Ditularkan Adalah Borang Belum Muktamad.
4. Laporan Berkenaan Pendatang Asing Tanpa Izin Tidak Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Adalah Tidak Tepat.
5. Waspada Iklan Dan Penjualan Kit Ujian COVID-19
6. Video YB Menteri Kanan Pertahanan Dalam Satu Majlis Bersama Artis Adalah Video Lama
7. Dakwaan Ketua Pengarah Kesihatan Telah Meletakkan Jawatan Adalah Tidak Benar
Semoga masyarakat negara ini berhati-hati menerima sebarang maklumat berkaitan Covid-19 terutamanya di negara ini.
Penyebaran maklumat yang palsu serta tidak tepat di kalangan masyarakat berupaya menjejaskan kestabilan masyarakat, dan akhirnya mengugat kestabilan negara.
(Penulisan ini dikemaskini pada 4.3.2021: jam 9.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan