TIP MUDAH: Dikemaskini, sayur bawang mudah bercambah.
Sulaimansalleh2015@gmail.com
6. Dalam tempoh sepuluh hari hingga dua minggu kebiasaannya akar kelihatan di bawah bekas telor berkenaan. Satu daripada empat biji bawang yang disemai, satu daripadanya membusuk dan tidak dapat disemai ke tempat sesuai (tanah dicampur sabut kelapa), seperti gambar di bawah.
Peringatan, sayuran bawang memerlukan tanah yang lembap dan pastikan tanah yang ditanam sayuran bawang itu sentiasa lembap.
SAYURAN bawang sangat diperlukan dalam hampir setiap masakan, terutamanya sebagai perencah atau sayuran utama bagi masakan jenis sup.
Berikut adalah beberapa langkah menanam sendiri sayuran bawang bagi mendapatkan daunnya:
1. Potong bekas telur kepada beberapa potongan dan disusun seperti gambar di bawah:
2. Basahkan bekas telur berkenaan seperti gambar di bawah:
3. Letakkan sedikit tanah bercampur sabut kelapa seperti gambar di bawah:
5. Basahkan tanah berkenaan dan letakkan bawang di atasnya seperti gambar di bawah. Pastikan bekas telor berkenaan sentiasa lembap dan letakkannya di tempat yang redup :
Peringatan, sayuran bawang memerlukan tanah yang lembap dan pastikan tanah yang ditanam sayuran bawang itu sentiasa lembap.
Seminggu selepas dipindahkan, kebiasaannya pucuk bawang akan mulai kelihatan, seperti gambar di bawah.
Tempoh dua hingga tiga minggu selepas dipindahkan ke tanah, kebiasaannya bawang yang disemai mulai bercambah atau membiak seperti gambar di bawah:
Penulis akan berkongsi perkembangan tanaman sayuran bawang ini bermula ianya disemai, berbunga, cara-cara pembiakannya hingga ianya dituai.
(Penulisan ini dikemaskini pada 14.3.2021: jam 10.00 am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan