RENCANA: Bersedekah, memberiku keajaiban.
Sulaimansalleh2015@gmail.com
BERSEDEKAH sangat mulia di sisi Islam. Kisah seorang hamba Allah, rutin kehidupannya dijadikan aktiviti bersedekah sebagai sebahagian daripada aktiviti utama kehidupannya.
Setiap kali apabila diperolehi apa-apa pendapatan, samada sumber gaji bulanan, bonus tahunan, perniagaan perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan atau apa-apa sumber pendapatan yang diperolehi, akan disedekah sebahagian daripadanya.
Suatu hari, hamba Allah terbabit perlu jalani rawatan di sebuah pusat rawatan dan perbelanjaannya sangat tinggi hingga perlu mengurangkan perbelanjaan harian diri dan keluarganya.
Sebaik semakin pulih dan mampu bergerak sendiri, hamba Allah terbabit teruskan rutin kehidupannya bersedekah.
Ketika itu, pada pagi ketika dirinya mahu bersedekah, dirinya hanya mampu bersedekah RM2, berbeza daripada kemampuannya sebelum ini.
Tengahari, pada hari sama, hamba Allah terbabit menerima mesej bahawa dia perlu jelaskan bil tertunggak hampir RM200 pada hari mesej itu diterima.
Hamba Allah terbabit mulai risau dan sukar baginya jelaskan bil tertunggak pada hari yang ditetapkan, kerana sehari sebelum itu, sudah disemak baki disemua akaun simpanannya kurang daripada jumlah yang diperlukan.
Hamba Allah terbabit cuba menyemak kembali dengan harapan diterima sebarang bayaran daripada mana-mana kerja sambilannya. Seperti mana diharapkan, satu daripada akaun simpanan hamba Allah terbabit dilihat berbaki RM250 dan bil tertunggak yang perlu diselesaikan segera dibayar seperti mana diperlukan.
Selepas diselesaikan bil tertunggak itu, bayaran tertunggak hasil jualan aset yang tertunggak hampir setahun lalu dapat diperolehi seminggu selepas tarikh itu.
Bersedekahlah kita semampu yang mampu dilakukan. Bersedekah tidak akan jadikan kita mewah dengan wang ringgit. Sebaliknya, mampu memberi kita ketenangan yang diimpi-impikan setiap insan.
Ingatlah, jika dirasakan diri susah, masih ada insan lain yang lebih susah daripada kita dan semoga perkongsian ringkas ini memberi manafaat untuk kita semua.
(Penulisan ini dikemaskini pada 28.3.2021: jam 10.00 pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan