TIP MUDAH: Ternak ikan gapi, mudah dan lumayan.

Sulaimansalleh2015@gmail.com

PENULIS berminat menternak ikan gapi ini lebih 10 tahun lalu dan ianya dilakukan secara sambilan dan kerana minat terhadap ikan hiasan.

Kebiasaannya apabila jumlahnya sudah banyak, penulis akan tawarkan kepada rakan-rakan serta kenalan yang berminat untuk membelinya. Terdapat juga, penulis menjualnya di kedai-kedai akuarium.

Tips penting yang ingin dikongsikan di sini, ikan gapi lebih cepat membiak dan membesar di tempat yang mempunyai ruang yang sesuai (mempunyai bekalan oksigen mencukupi) dan diletakkan tumbuhan seperti kangkong, teratai, umpai dan sebagainya.

Penulis nasihatkan kepada pembaca, jangan terpedaya dengan video tertentu yang menunjukkan terdapat beribu-ribu ikan gapi diletakkan di dalam satu bekas yang sempit. Kebiasaannya, video berkenaan adalah untuk rakaman bagi promosi saja dan sudah bersedia untuk dipasarkan.

Jumlah ikan gapi yang sesuai untuk tujuan pembiakan dalam sesuatu tangki sebesar 1 meter persegi adalah sekitar 10 ekor betina dan dua ekor jantan sahaja.

Ikan gapi mati selepas beranak? Tanggapan itu adalah tidak benar.

Ikan gapi adalah spesies beranak dan jika gapi jantan mengawan gapi betina yang baru beranak, ikan gapi betina berkenaan kebiasaannya mati kerana berkaitan uri yang masih berada dalam perut ikan betina itu.

Kebiasaannya, ikan gapi betina akan beranak di tempat-tempat yang sesuai dalam akuarium berkenaan dan jauh daripada ikan gapi jantan.

Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa ikan gapi betina akan makan anak-anaknya? Ikan gapi yang diternak di tempat sesuai dan mempunyai saiz tangki yang sesuai kebiasaannya tidak akan makan anak-anaknya.

Ikan gapi akan makan anak-anaknya jika terlalu lapar atau makanan dalam tangki berkenaan tidak mencukupi.

Tangki ternakan yang terdapat tumbuhan air seperti kongkong, teratai dan sebagainya adalah makanan untuk ikan-ikan gapi.

Sesekali, ikan-ikan gapi berkenaan boleh diberikan makanan dalam bentuk palet atau cacing hidup yang boleh diperolehi di kebanyakan kedai ikan hiasan.

Bagaimanapun, kebiasaanya penulis memberi ikan-ikan gapi yang diternak dengan spesies 'siput', juga sumber protein, yang mudah diperolehi di kawasan-kawasan lembap sekitar rumah. Cengkerang siput  berkenaan harus dipecahkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada ikan gapi yang diternak. 

Harus diingat, jangan terlalu banyak memberi makanan kepada ikan-ikan berkenaan kerana sisa makanan yang tidak dapat dimakan oleh ikan-ikan gapi akan menjadikan tangki ternak kotor dan kurang sesuai untuk kesihatannya.

Tangki air menternak ikan-ikan gapi juga boleh menggunakan penapis air yang boleh dibuat sendiri dengan menggunakan pasir dan kain-kain lama sebagai penapis.


Ikan gapi adalah spesies ikan yang cepat membiak kerana dalam tempoh tiga hingga empat bulan sahaja, ikan gapi betina boleh menjadi dewasa, mengawan dan melahirkan anak-anak.

Kebiasaannya, ikan gapi betina berumur sekitar empat bulan berupaya melahirkan sebanyak 20-30 ekor anak.

Berikut adalah beberapa video ikan gapi yang pernah diternak penulis:





Semoga tips ringkas yang diberikan ini membantu bagi mereka yang berminat menternak ikan gapi terutamanya secara sambilan.


(Penulisan ini dikemaskini pada 5.1.2021: jam 9.00 pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.