COVID-19: Mac, enam laporan di Sebenarnya.my
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
SIKAP individu tidak bertanggungjawab dilihat masih menyebarkan maklumat palsu serta kurang tepat mengenai Covid-19 di kebanyakan media sosial.
Media sosial dilihat sebagai tempat yang kerap disebarkan maklumat palsu yang dibimbangi menjejaskan kestabilan masyarakat dan mengugat kestabilan negara.
Hingga penulisan ini dikemaskini, berikut adalah laporan palsu serta kurang tepat yang disenaraikan di laman sesawang Sebenarnya.my pada Mac 2021:
1. Dakwaan Vaksin Sinovac Mencatatkan 56 Kes Kematian Di Hong Kong & Tidak Dipercayai oleh WHO Adalah Tidak Benar.
2. Waspada Penipuan Jualan Vaksin COVID-19 Secara Dalam Talian.
3. Poster MKN Berkenaan Larangan Dine-In Di Restoran/ Kedai Makan Bagi Kawasan PKP, PKPB & PKPP Berkuatkuasa Dari 13 April – 12 May 2021 Adalah Poster Yang Diubahsuai.
4. Tiada Penularan COVID-19 Dilaporkan Di 7 Buah Sekolah Di Daerah Dungun.
5. Infografik Larangan Membuat Pernyataan Awam Bukan Dikeluarkan Oleh KKM.
6. Dakwaan Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Menerima Vaksin Ke-2 Di Hospital Gerik, Perak Adalah Tidak Benar
Sikap berlumba-lumba menyampaikan maklumat yang tidak sahih haruslah dihindari kerana ia berupaya merugikan diri penyebar itu sendiri hingga masyarakat negara ini.
Juga, diharap masyarakat negara ini berupaya menilai kesahihan sesuatu maklumat yang diperolehi sebelum menyebarkannya.
Membantu kerajaan membendung penularan virus yang mudah tersebar dan berupaya membunuh ini adalah lebih bermanafaat daripada menyebarkan maklumat palsu hingga menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020
Ulasan
Catat Ulasan