TIP MUDAH: TANAM SAYUR KUCAI.

Sulaimansalleh2015@gmail.com

TANAMAN sayur kucai begitu mudah kerana tanaman ini berupaya membiak dengan semaian benih yang terhasil daripada bunganya.

Menariknya tanaman ini, walaupun ianya sudah dipotong bagi mendapatkan daunnya, ianya akan tumbuh semula selang beberapa hari kemudian.

Mudahnya, tanaman sayur kucai boleh dilakukan di pasu-pasu bersaiz kecil atau sederhana.


SEMAIAN BENIH 

Benih tanaman sayur ini boleh diperolehi daripada bunganya yang berwarna putih, tunggu beberapa hari hingga bunganya itu mulai layu dan kelihatan benihnya.

Bunga kucai yang sesuai disemai

Potong tangkai bunga sayur kucai berkenaan dan letakkannya di atas pasu yang sudah diletakkan tanah sesuai serta lembab.

Semaian benih sayur kucai di tanah lembap.

Tunggu untuk beberapa minggu, kebiasaannya tanaman kucai yang baharu tumbuh akan kelihatan seperti gambar di bawah.

Anak sayur kucai berusia sekitar dua bulan.

Jangka hayat tanaman kucai boleh bertahan hidup selama dua tahun, dan hasilnya boleh diperolehi dalam tempoh masa itu.

Kelihatan daun sayur kucai tumbuh semula selepas tiga jam diambil daunnya.

Semoga perkongsian ringkas ini memberi manafaat dan perkongsian ilmu tanaman ini amat dialu-alukan.


(Artikel ini dikemaskini pada 12.1.2021: jam 10.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.