COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Covid-19. Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia.

KEJADIAN tular seorang pelajar sekolah di Lembah Pantai dijangkiti Covid-19 sedang disiasat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum mesej pesanan ringkas yang tular di media sosial mengenai seorang pelajar dari sebuah sekolah di Seri Pantai yang didakwa dijangkiti Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya sudah menerima laporan dari sekolah terbabit mengenai seorang pelajar bergejala dan siasatan dijalankan mengikut protokol KKM.

"Hasil siasatan mendapati seorang pelajar tingkatan 5 dari sekolah terbabit mengalami gejala muntah dan cirit-birit pada 9 Ogos lalu."

"Pada 10 Ogos, pelajar terbabit dibawa ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dan kemudian dipindahkan ke pusat perubatan bagi rawatan lanjut," katanya.

Noor Hisham berkata, di klinik swasta itu pelajar terbabit disaring untuk Demam Denggi dan Covid-19.

"Saringan Demam Denggi, pelajar terbabit didapati positif. Tetapi, pengesahan Covid-19 sedang dijalankan di makmal bagi memastikan tiada tindak balas silang," katanya.

Katanya, tindak balas silang mungkin boleh berlaku memandangkan pelajar terbabit dijangkiti Demam Denggi.

"Sementara menunggu pengesahan ujian makmal tersebut, pihak KKM sudah memulakan aktiviti awal pengesanan kes secara aktif iaitu sebagai tindakan proaktif yang biasa dijalankan di lapangan bagi mencegah risiko penularan jangkitan," katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 11 jangkitan baru dengan tiada kematian baru direkodkan.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, lapan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Katanya, tiga jangkitan Covid-19 berkaitan penularan dalam negara, dua daripadanya di kalangan warganegara, dan satu kes babitkan bukan warganegara.

Dalam tempoh 14 hari hingga 12 Ogos 2020, taburan kes Covid-19 mengikut negeri di Malaysia adalah Johor, 6 kes; Negeri Sembilan, 4 kes; Melaka, 1 kes; Kuala Lumpur, 6 kes; Putrajaya, 1 kes; Selangor, 3 kes; Perak, 5 kes; Pulau Pinang, 2 kes; Perlis, 11 kes; Kedah, 27 kes; Kelantan, 0 kes; Terengganu, 0; Pahang, 0; Sarawak, 1 kes; dan Sabah, 10 kes.

Hingga penulisan ini dihasilkan, jangkitan Covid-19 di Malaysia berjumlah 9,114 dengan 125 kematian. Jumlah kes aktif pula sebanyak 172, mereka diasingkan dan diberi rawatan.

(Penulisan ini dikemaskini pada 12.8.2020: jam 7.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.