COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.


Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com

Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia

DUA negara dari Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) iaitu Cambodia dan Loas masih mencatatkan kematian sifar dan kadar jangkitan yang sangat rendah. Manakala, Filipina dan Indonesia mencatatkan jangkitan dan kematian harian yang tinggi.

Ketika penulisan ini dihasilkan, berdasarkan data dari Johns Hopkins University menunjukkan Filipina mencatatkan kira-kira 143,750 jangkitan dengan 2404 kematian.

Manakala, Indonesia mencatatkan sejumlah kira-kira 139,720 jangkitan dengan 5903 kematian.

Ketika penulisan ini dikemaskini, Cambodia, penduduk seramai kira-kira 16.91 juta, jangkitan Covid-19 bertambah dua jangkitan dalam tempoh beberapa minggu lalu, kini berjumlah 268 dengan kekal sifat kematian.

Negara Loas yang mempunyai penduduk seramai kira-kira 7.40 juta pula jangkitan Covid-19 masih kekal sebanyak 20 jangkitan dengan sifar kematian. 

Kadar kematian sifar di sebalik dua negara jiran iaitu Indonesia dan Filipina yang lepasi angka 100,000 seolah-olah meletakkan Loas dan Cambodia lebih bertuah berbanding lapan negara ASEAN yang kebanyakan masih bergelut tangani virus yang sedang mengancam dunia.

Semoga dunia dan terutamanya negara ASEAN berjaya mengawal penularan Covid-19 hingga vaksin penyembuhnya benar-benar ditemui.

(Artikel ini dikemaskini: 13.8.2020: jam 1.00am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.