COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

Sulaimansalleh2015@gmail.com


Covid-19. Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia.

KEBIMBANGAN virus Covid-19 semakin kebal dan mempunyai keupayaan menjangkiti 10 kali ganda daripada virus terdahulu adalah ancaman baru terhadap kawalan keupayaannya menjangkiti individu lain.

Kebimbangan itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah apabila pihaknya mensyaki virus Covid-19 dari Kluster PUI Sivagangga adalah virus yang bermutasi dari Covid-19.

Katanya, virus yang bermutasi berkenaan berupaya meningkatkan kebolehjangkitan sebanyak 10 kali ganda kepada individu lain yang tidak mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihaknya.

"Tempoh seminggu diperlukan untuk mengetahui virus dari Kluster PUI Sivagangga adalah yang bermutasi atau sebaliknya," katanya.

Baru-baru ini, Bernama melaporkan pihak berkuasa Kesihatan Awam Korea Selatan dikatakan menemui genom bermutasi baharu daripada Covid-19 dari kalangan jangkitan import di negara berkenaan.

Dikatakan, virus Covid-19 yang bermutasi itu, dari Pakistan dan Uzbekistan, dikesan mempunyai lonjakan protein di permukaan utama serta berbeza dengan turutan genom virus yang didaftarkan di pangkalan data inisiatif sains global dan sumber utama bagi data genomik virus influenza (GISAID).

GISAID adalah agensi penyelidikan virus milik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

(Penulisan ini dihasilkan pada 11.8.2020)

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.