COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.
Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
![]() |
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia |
PADA awal Jun 2020 lalu pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, bahawa negara ini berjaya membendung penularan Covid-19 dengan berkesan memberi kelegaan kepada rakyat negara ini dalam menangani Covid-19 sejak Mac 2020.
Ketika itu, Muhyiddin berkata negara ini sedang memasuki fasa pemulihan dalam menghadapi virus berbahaya ini
Covid-19 menular ke Malaysia ketika negara ini menghadapi krisis politik. Penularan itu juga membuatkan sebahagian besar rakyat negara ini melupakan politik dan mengutamakan pengawalan terhadap penularan virus berbahaya ini.
Bagaimanapun, kegembiraan rakyat negara ini kembali terancam dengan virus berbahaya itu apabila gelombang baharu penyebarannya bertambah setiap hari sejak 7 September lalu.
Hanya tiga minggu, jumlah harian jangkitan Covid-19 di negara adakalanya lepasi angka 100.
Semoga rakyat negara ini terus bersatu dengan ketepikan pandangan politik, ras, bangsa dan agama ketika berhadapan virus Covid-19 yang turut masih mengancam penduduk bumi pada masa kini.
(Artikel ini dikemaskini pada 13.10.2020: jam 9.00am)
Ulasan
Catat Ulasan