COVID-19: Selamatkah vaksin terhadap kanak-kanak dan remaja?

Sulaimansalleh2015@gmail.com
Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama.

SELAMATKAH vaksin yang disyorkan untuk remaja berumur 12 hingga 17 tahun ke atas yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat farmasi di kebanyakkannya milik negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Russia dan China?


Menggunakan vaksin adalah langkah terbaik untuk membantu tubuh badan seseorang kuat melawan virus yang belum ada penawarnya ini.

Baru-baru ini, Badan Pengawas Ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) meluluskan vaksin Covid-19 jenis Moderna bagi golongan remaja di Benua Eropah.

Malah, Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) turut meluluskan penggunaan vaksin Spikevax di kalangan remaja di Kesatuan Eropah dan vaksin Pfizer  turut digunakan untuk golongan remaja di EU.

Bagaimanapun, baru-baru ini penasihat program vaksinasi Britain tidak mengesyorkan vaksinasi Covid-19 yang digunakan di kebanyakan benua Eropah. Dibimbangi memberi kesan jangka panjang ke atas remaja yang disuntik vaksin Covid-19 terbabit.

Difahamkan, kebimbangan itu adalah kesan jangka panjang membabitkan keradangan jantung yang jarang berlaku ke atas remaja.

Kebimbangan Britain itu harus dilihat sesuatu yang penting demi masa depan golongan terbabit.

Sementara itu, baru-baru ini Pegawai kanan kesihatan Amerika Syarikat penggunaan vaksin Covid-19 yang dikenali Pfizer 19 bakal digunakan ke atas kanak-kanak di negara itu pada Oktober 2021.

Difahamkan, usaha mendapatkan kebenaran penggunaan kecemasan untuk golongan yang disasarkan itu sedang menunggu kebenaran penggunaan kecemasan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat pada akhir September 2021.

Penulis berpandangan, demi masa hadapan golongan remaja dan kanak-kanak terutama di negara ini, pengambilan vaksin Covid-19 terhadap golongan berkenaan harus dilakukan secara berhati-hati dan tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa.


(Penulisan ini dikemaskini pada 15.9.2021: jam 12.10 am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Bibliografi:
Berita Harian Online, 4 September 2021. Vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak sihat 12-15 tahun tidak disyorkan. NSTP Group, Kuala Lumpur.
Berita Harian Online, 24 Julai 2021. EU lulus vaksin kanak-kanak 12 tahun ke atas. NSTP Group, Kuala Lumpur.
Berita Harian Online, 14 Julai 2021. AS yakin kanak-kanak 5-11 tahun boleh diberi vaksin Pfizer. NSTP Group. Kuala Lumpur.








Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.