RENCANA: Atasi info kurang tepat mengenai Covid-19
SEJAK kebelakangan ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kerap menyatakan sebaran maklumat tidak benar di media sosial menjadi sebahagian daripada halangan pihaknya menyampaikan maklumat benar mengenai Covid-19. Kenyataan yang kerap dikemukakan oleh Noor Hisham itu harus dipandang serius kerana penyebaran maklumat kurang tepat atau mengandungi unsur penyelewengan daripada fakta sebenar berupaya menjejaskan kestabilan masyarakat. Kewujudan media sosial adalah sebagai perantaraan komputer yang membolehkan orang ramai untuk mencipta, berkongsi atau bertukar-tukar maklumat, idea, gambar, dan video dalam komuniti dan rangkaian maya. Malangnya, pada hari ini terdapat segelintir maklumat yang disalurkan ke media sosial dikatakan berunsur penyelewengan daripada fakta sebenar, dan terdapat juga mengandungi unsur fitnah yang disampaikan melaluinya. Selain itu, terdapat juga unsur di mana anggapan ianya fitnah tetapi ianya berlaku daripada pengubahan maklumat yang ti...