RENCANA: Atasi info kurang tepat mengenai Covid-19

 









SEJAK kebelakangan ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kerap menyatakan sebaran maklumat tidak benar di media sosial menjadi sebahagian daripada halangan pihaknya menyampaikan maklumat benar mengenai Covid-19.

Kenyataan yang kerap dikemukakan oleh Noor Hisham itu harus dipandang serius kerana penyebaran maklumat kurang tepat atau mengandungi unsur penyelewengan daripada fakta sebenar berupaya menjejaskan kestabilan masyarakat.

Kewujudan media sosial adalah sebagai perantaraan komputer yang membolehkan orang ramai untuk mencipta, berkongsi atau bertukar-tukar maklumat, idea, gambar, dan video dalam komuniti dan rangkaian maya.

Malangnya, pada hari ini terdapat segelintir maklumat yang disalurkan ke media sosial dikatakan berunsur penyelewengan daripada fakta sebenar, dan terdapat juga mengandungi unsur fitnah yang disampaikan melaluinya.

Selain itu, terdapat juga unsur di mana anggapan ianya fitnah tetapi ianya berlaku daripada pengubahan maklumat yang tidak disengajakan. 

Pengubahan maklumat yang tidak disengajakan berlaku disebabkan oleh faktor: 

1. Persepsi. Pengalaman seseorang terhadap peristiwa yang dialami hingga memberikan makna kepada pancaindera, perhatian, harapan, motivasi dan ingatannya. 

2. Sensasi. Berlaku hasil daripada ransangan informasi yang dicerap oleh pancaindera, iaitu mata, telinga, rasa, bau. 

3. Memori. Menyimpan maklumat yang diterima hasil merakam, menyimpan dan menggunakannya semula.

4. Berfikir. Proses mengolah maklumat yang terakhir di mana ianya perlu mengingat kembali, mengenali maklumat yang dikenali, mengulang pelajaran dan gabungan kembali mengenai pengalaman yang pernah dilalui seseorang. 

Bagaimanapun, perkara lain seperti perbezaan usia, pengalaman, jantina, kaum dan sebagainya juga berupaya mewujudkan persepsi, sensasi, memori dan berfikir seseorang terhadap sesuatu perkara yang diterima. 

Walaupun, jika segelintir maklumat yang disalurkan dikatakan menyimpang daripada fakta sebenar, ianya berupaya mengugat kestabilan maklumat yang diterima oleh masyarakat.

Secara ringkasnya, fitnah bermaksud tuduhan sama ada melalui khabar, kisah dan sebagainya yang diada-adakan untuk memburuk-burukkan seseorang. 

Penulis pernah dan sedang melakukan beberapa penyelidikan mengenai penyebaran maklumat yang didakwa berunsur fitnah di media sosial. Terdapat juga penemuan mendapati fitnah yang jelas akan maksudnya, iaitu tuduhan yang diadakan untuk memburuk-burukkan seseorang.  

Hak pengguna mendapatkan maklumat yang dinyatakan, tetapi pengguna terbabit sendiri harus berusaha menyampaikan sesuatu maklumat berdasarkan persepsi yang tepat, tidak sensasikan sesuatu maklumat, mempunyai memori yang kuat serta berfikir dan periksa sesuatu maklumat sebelum sebarkannya.

(Penulisan ini dikemaskini pada 19.10.2020: jam 11.30pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020







Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.