Catatan

COVID-19: Varian Omicron, mengancam Dunia.

Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Mohon klik iklan. Terima kasih atas kerjasama. DUNIA sekali lagi dikejutkan dengan varian Covid-19 yang dikatakan varian ini kebal daripada vaksin sedia ada. Varian Omicron dikatakan bermutasi protein sebanyak 32 kali berbanding varian Delta sebanyak sembilan kali. Berdasarkan mutasi berkenaan, jelas menunjukkan bahawa varian Omicron mempunyai lebih tiga kali ganda keupayaan berjangkit berbanding varian Delta. Varian Omicron dikatakan kebal daripada semua jenis vaksin yang pernah dihasilkan. Ianya, dikesan oleh ahli sains negara selatan Afrika pada 25 November lalu. Hingga penulisan ini dikemaskini, negara selatan Afrika yang dijangkiti varian Omicron adalah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Namibia dan Zimbabwe. Di negara Afrika Selatan, sejak varian baharu itu dikesan penduduk negara itu dijangkiti Covid-19 hampir 3 juta jangkitan dikesan dan hampir 100,000 daripadanya meninggal dunia. Difahamkan, varian Omicron me...

COVID-19: Punca penyebarannya hampir ditemui.

Sulaimansalleh2015@gmail.com HINGGA penulisan ini dikemaskini, punca sebenar berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh dunia masih gagal dikesan asal-usulnya. Hampir memasuki tahun ketiga pandemik yang meresahkan seluruh dunia ini masih kekal dikatakan berasal dari Wuhan, China. Pada masa kini, pakar yang mengkaji virus Covid-19 yakini bahawa ianya berasal dari spesies haiwan jenis kelawar dan berpindah kepada manusia serta berkemungkinan menerusi haiwan jenis mamalia (hos asal) yang belum dikenali pasti. Bagaimanapun, baru-baru ini Berita Harian Online, dengan memetik laporan daripada AGENSI dari Singapura menyatakan para penyelidik dari Sekolah Perubatan Duke-NUS, Singapura mengesahkan pandemik Covid-19 tidak berasal dari China. Dinyatakan, kelawar yang dikenali ladam kuda sangat mirip spesies kelawar pembawa virus coronavirus yang menyebabkan Covid-19 ditemui di luar negara China antaranya Kemboja, Thailand, Australia dan Eropah. Sementara itu, laporan dari AGENSI (organisasi y...

RENCANA COVID-19: Kematian kalangan kanak-kanak dan remaja membimbangkan.

Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Mohon klik iklan. Terima kasih atas kerjasama. KETIKA penulisan ini dikemaskini, dilaporkan hampir 70 kematian membabitkan kanak-kanak dan remaja sejak penularan virus Covid-19 dikesan di negara ini. Jumlah kematian itu harus dilihat sebagai sesuatu hal yang serius. Penjaga, ibu bapa kepada kanak-kanak dan remaja terbabit harus memainkan peranan yang sewajarnya. Laporan yang dipetik daripada laporan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu seharusnya dipandang serius dan golongan terbabit harus dilindungi daripada dijangkiti virus yang mampu membunuh itu. Penjaga, ibu bapa kanak-kanak terbabit harus memainkan peranan melindungi kanak-kanak terbabit kerana golongan terbabit berhak dilindungi daripada apa-apa ancaman. Perlindungan itu wajar dilakukan kerana dibimbangi virus Covid-19 memberi kesan jangka masa panjang terhadap jantung, pencapaian akademik serta berkaitan tahap daya tahan penyakit golongan terbabit. Selain itu...

BLOGGER: Media utama generasi baharu.

Imej
                                                                     Sulaimansalleh2015@gmail.com MENGENALI blog dan blogger adalah cara terbaik sebelum seseorang menceburi bidang ini di media sosial kerana media ini adalah antara pilihan utama generasi baharu pada masa kini. Terdapat persamaan media sosial seperti blogger dengan media perdana iaitu media yang perlu mendapat permit operasi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu kedua-dua media ini harus menarik perhatian pembaca atau penonton mereka seramai mungkin bagi mendapatkan bayaran. Bagaimanapun, bayaran itu berbeza iaitu media perdana mendapat bayaran daripada pengiklan secara langsung, media sosial pula mendapat bayaran dari Google Adsense sebaik tayangan iklan bermula di media sosial berkenaan. Secara umum...

RENCANA: Media, gambaran masyarakat.

Sulaimansalleh2015@gmail.com Pengalaman terbabit dalam bidang komunikasi samada di bidang industri dan akademik bagi tempoh 1996 hingga penulisan ini disiapkan, penulis sering dihujani dengan pelbagai tanggapan segelintir masyarakat terhadap media terutamanya di negara ini. Media sering dipersoalkan akan kredibiliti ketika menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pandangan sedemikian harus diketepikan kerana bidang komunikasi harus dilihat dengan lebih luas dan menyeluruh.  Berdasarkan pengalaman lalu penulis, media sering berhadapan dengan tanggapan negatif masyarakat dengan menyatakan bahawa wartawan atau mereka yang terbabit dalam industri media, samada secara langsung atau tidak adalah golongan yang sentiasa mencari isu-isu yang sensasi. Tujuannya, bagi melariskan jualan produk media yang dihasilkan. Anggapan sedemikian harus dikikis kerana paparan isu-isu yang disiarkan oleh pihak media adalah gambaran masyarakat.  Senaskhah surat khabar yang ...

RENCANA: Impak media baharu terhadap media lama

Sulaimansalleh2015@gmail.com ALAT komunikasi yang dikenali media massa berevolusi ribuan tahun lalu, bermula lukisan-lukisan di dinding gua-gua, tulisan-tulisan di helaian-helaian kulit pokok terpilih dan kulit-kulit haiwan, cetakan manual hinggalah penggunaan alatan elektronik pada masa kini. Evolusi yang berlaku membabitkan pelbagai jenis media antaranya buku, majalah, suratkhabar, radio, televisyen dan media baharu memerlukan perbincangan lain kerana  tiap media yang wujud mempunyai sejarah kewujudannya yang tersendiri.  Sekadar mengambil perbincangan ringkas mengenai evolusi media dan kesannya terhadap surat khabar, perkhidmatan berita, majalah, radio, televisyen dan internet di negara ini. Membincangkan mengenai evolusi media,  pembincangannya  tidak akan ada titik  notah . Hampir setiap masa media akan terus berevolusi. Setiap masa dan ketika juga media akan terus dibincangkan mengenai kesan baik dan buruknya. Evolusi media seperti surat khab...

RENCANA: Media perdana nazak, media sosial mengukuh.

Pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Sulaimansalleh2015@gmail.com KEBANYAKAN kehidupan penduduk di kebanyakan negara kini dikuasai mesin dikenali media sosial. Media sosial hari ini begitu sinonim di kalangan golongan kanak-kanak, remaja, dan golongan muda. Malah, semakin ramai warga emas menggunakan media sosial sebagai alat berkomunikasi. Kurang faham menggunakan media sosial sering dianggap ketinggalan zaman kerana tidak ikuti perkembangan baharu dalam teknologi komunikasi media. Sejak media sosial semakin menunjukkan 'taring' pengaruhi masyarakat dunia di kebanyakan negara, pelbagai keluhan kini berlaku antaranya terdapat media perdana yang pernah mendapat sambutan hangat beberapa dekad lalu kini terpaksa 'gulung tikar' atau menutup operasi. Keganasan media sosial mengugat jualan dan pendapatan syarikat media di kebanyakan negara, ancamannya semakin ketara apabila jualan akhbar di negara ini juga semaki...