RENCANA: Media, gambaran masyarakat.

Sulaimansalleh2015@gmail.com

Pengalaman terbabit dalam bidang komunikasi samada di bidang industri dan akademik bagi tempoh 1996 hingga penulisan ini disiapkan, penulis sering dihujani dengan pelbagai tanggapan segelintir masyarakat terhadap media terutamanya di negara ini.


Media sering dipersoalkan akan kredibiliti ketika menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pandangan sedemikian harus diketepikan kerana bidang komunikasi harus dilihat dengan lebih luas dan menyeluruh. 

Berdasarkan pengalaman lalu penulis, media sering berhadapan dengan tanggapan negatif masyarakat dengan menyatakan bahawa wartawan atau mereka yang terbabit dalam industri media, samada secara langsung atau tidak adalah golongan yang sentiasa mencari isu-isu yang sensasi.


Tujuannya, bagi melariskan jualan produk media yang dihasilkan. Anggapan sedemikian harus dikikis kerana paparan isu-isu yang disiarkan oleh pihak media adalah gambaran masyarakat. 

Senaskhah surat khabar yang dijual di pasaran berharga sekitar satu hingga dua ringgit. Harga yang sungguh murah berbanding kos pencetakan yang dianggarkan mencecah RM10 hingga RM15 senaskhah. Jika dikira lain-lain kos bagi penghasilan senaskhah akhbar ianya dianggarkan bernilai RM20.

Kesemua kos yang berkenaan akan ditampung oleh pengiklan. Pengiklan pula kebanyakannya adalah pengeluar produk bagi kegunaan masyarakat seperti susu, pakaian, sabun mandi dan sebagainya. 

Sasaran yang sama oleh produk media dan pengiklan maka dapatlah dinyatakan di sini bahawa paparan isu di sesuatu media adalah kehendak khalayak atau masyarakat. Justeru, ianya adalah gambaran sesuatu masyarakat. 

Media harus mendapatkan isu yang dikehendaki oleh masyarakat bagi meningkatkan jualan produk media yang diterbitkan. Sebaik jualan produk medianya meningkat maka akan meningkatlah pengiklan yang berminat untuk mengiklankan produk mereka di media berkenaan. 

Sebagai khalayak media yang pengarang menyamakannya dengan sasaran pengiklan (pembeli), mereka pastinya mahukan sesuatu yang sesuai dengan masa serta wang yang sudah digunakan terutamanya berkaitan kepuasan atau citarasa yang berbeza-beza. 

Penjelasan itu, penulis berpandangan isu-isu yang dipaparkan di sesuatu media adalah gambaran sebenar sesebuah masyarakat. Paparan isu yang seharusnya dilihat secara lebih serius dan perlu diambil perhatian yang sewajarnya. 

Bagaimanapun, khalayak media juga adalah sesuatu masyarakat di mana terbentuknya masyarakat hasil daripada kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Aturan dan cara kehidupan yang rumit dan setiap kumpulan manusia terbabit pula mempunyai keluarga yang terdiri daripada saudara mara. Saudara mara pula terdiri daripada individu-individu yang dikenali sebagai manusia. 

Manusia pula mempunyai akal budi yang ciptaannya yang begitu hebat. Memadailah persoalan mengenai kewujudan manusia dijelaskan di sini kerana kupasan mengenai manusia harus diperhalusi dengan ilmu-ilmu lain yang lebih berkaitan. 

Kembali kepada persoalan mengenai media dan khalayak. Isu yang dibangkitkan oleh pihak media sering diharapkan dapat diselesaikan atau setidak-tidaknya khalayak diberikan maklumat yang terkini. Sumbernya pula haruslah daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap sesuatu isu yang disiarkan oleh pihak media.  

Jika pihak sumber enggan bekerjasama, kebiasaannya wartawan yang ditugaskan melaksanakan tugas menulis berita yang berkaitan sesuatu isu akan berusaha mendapatkan maklumat yang dikehendaki oleh khalayaknya. Setiap wartawan seolah-olah memegang satu amanah yang harus dilaksanakan bagi memenuhi kehendak khalayak. 

Bagi memenuhi permintaan khalayak kebanyakan para wartawan yang ditugaskan ketengahkan sesuatu isu kadangkala melakukan perbuatan yang dipandangan masyarakat kurang menyenangkan dan dianggap sebagai penyibuk. 

Jika kepuasan khalayak tidak ditunaikan oleh pengamal media, ianya akan terus menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan mereka. Jika terdapat di kalangan ahli akademik yang ketengahkan isu-isu yang dibangkitkan di peringkat penyelidikan pula, ianya sukar sampai ke khalayak dan sering mengambil masa yang lama untuk sampai matlamat penyelidikan berkenaan. 

Tidak dinafikan terdapat segelintir wartawan yang bertindak di luar batasan hingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat. Terdapat juga segelintir masyarakat berpandangan serong kepada para petugas media. 

Seandainya, kedua-dua pihak bersangka baik sesama sendiri, penulis berpandangan anggapan yang kurang menyenangkan itu dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Kedua-dua pihak, samada pihak media dan masyarakat saling perlu memerlukan. 

Akhir bicara, penulis juga berpandangan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini, haruslah diselesaikan menurut pandangan Islam. Kehidupan masyarakat berlandaskan Islam yang sebenar berupaya menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku dalam masyarakat.


(Penulisan ini dikemaskini pada 6.1.2021: jam 9.00 am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.