RENCANA: Media perdana nazak, media sosial mengukuh.

Pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Sulaimansalleh2015@gmail.com

KEBANYAKAN kehidupan penduduk di kebanyakan negara kini dikuasai mesin dikenali media sosial. Media sosial hari ini begitu sinonim di kalangan golongan kanak-kanak, remaja, dan golongan muda.

Malah, semakin ramai warga emas menggunakan media sosial sebagai alat berkomunikasi. Kurang faham menggunakan media sosial sering dianggap ketinggalan zaman kerana tidak ikuti perkembangan baharu dalam teknologi komunikasi media.

Sejak media sosial semakin menunjukkan 'taring' pengaruhi masyarakat dunia di kebanyakan negara, pelbagai keluhan kini berlaku antaranya terdapat media perdana yang pernah mendapat sambutan hangat beberapa dekad lalu kini terpaksa 'gulung tikar' atau menutup operasi.

Keganasan media sosial mengugat jualan dan pendapatan syarikat media di kebanyakan negara, ancamannya semakin ketara apabila jualan akhbar di negara ini juga semakin teruk terjejas.

Penulis pernah bertugas sebagai wartawan sambilan di Harian Metro sekitar awal 2003-2008, jualan tertinggi pernah dicatatkan oleh akhbar berkenaan adalah sebanyak 400,000 sehari.

Kini, difahamkan jualan akhbar Harian Metro mencatatkan sekitar 100,000 sehari serta ketebalannya juga semakin nipis berbanding pada awal kemunculannya di negara ini.

Dijangkakan jualan harian akhbar berkenaan kurang daripada yang dinyatakan di atas kerana ianya membabitkan rahsia syarikat media berkenaan.


MAKLUMAT DISEBARKAN MEDIA SOSIAL

Media sosial mulai mengambil alih pengaliran maklumat atau berita yang diperlukan oleh masyarakat terutamanya di negara ini.

Penulis sudah mendengar kebimbangan ahli-ahli akademik dan pemilik syarikat media sekitar lewat tahun 1990-an bahawa media sosial berupaya mengugat media perdana suatu masa nanti.

Bagaimanapun, penulis yang mulai berada dalam industri media sekitar tahun 1996 ketika itu tidak merasakan media sosial sebagai ancaman syarikat media perdana.

Ancamannya mulai terasa apabila tahun-tahun 2010 hingga kini, jualan media perdana terutama media cetak semakin merosot hingga menjejaskan jualan iklan yang sangat diperlukan oleh sesuatu organisasi media.

Kini, kebanyakan media sosial dimiliki oleh sekelompok individu yang mempunyai kemahiran atau berkemampuan mengendalikannya, kebanyakannya bukan warga negara ini.

Media ini juga sering memberi peluang serta ruang kepada penggunanya mencoretkan apa saja yang dikehendaki termasuk menyebarkan maklumat kepada pengguna media sosial lain.

Malangnya, terdapat antara maklumat yang disebarkan tidak benar, palsu atau mengelirukan.

Kewujudan media sosial memaksa banyak negara mengubah atau menambahbaik undang-undang negara masing-masing. 

Dikatakan, terdapat di kalangan masyarakat negara berkenaan melakukan perkara-perkara yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara terbabit.

Pengguna media sosial seolah-olah bebas bicarakan apa saja seperti menyentuh mengenai undang-undang negara, mengkritik pemerintah tanpa adab, mengaibkan individu lain dan sebagainya.

Ruang terbuka luas yang disediakan oleh media sosial berkenaan memberi peluang penggunanya meluahkan apa saja tanpa memikirkan kesan sampingan yang boleh berlaku.


MEDIA PERDANA HARUS DIBANTU

Media perdana di negara ini harus dibantu seperti mana kerajaan membantu media sosial hingga ianya menjadi suatu keperluan kepada masyarakat.

Media perdana adalah satu organisasi media yang mempunyai wartawan, penolong editor, editor, editor kanan, ketua editor, pengarah syarikat hingga pemegang saham. Disebabkan itu, setiap maklumat yang disiarkan sudah ditentukan kesahihan serta sesuai disebarkan kepada masyarakat.

Berbanding media sosial, kebanyakan media berkenaan dimiliki oleh organisasi luar negara yang mempunyai undang-undang berbeza, budaya berbeza dan sebagainya.

Kerajaan harus kembali membantu syarikat media perdana di negara ini, kerana tanpanya maklumat yang tersebar di media sosial kebanyakannya berupaya mengugat kestabilan masyarakat.

Berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan penulis di laman sesawang Sebenarnya.my sejak beberapa tahun lalu, didapati ada individu atau pihak tertentu sengaja menyebarkan maklumat palsu di media sosial.

Sikap tidak bertanggungjawab itu dilihat kerana terdapat 'kelemahan' yang terdapat pada media sosial berkenaan, dimanafaatkan untuk kepentingan individu atau sekelompok tertentu.

Dibimbangi jika masyarakat negara ini terlalu bergantung maklumat di media sosial, ianya akan mengugat kestabilan masyarakat kerana mendapat maklumat tidak sahih serta mengelirukan.

Sudah tiba masanya, pihak pemerintah terutama di negara ini seimbangkan bantuan antara media sosial dan media perdana, ketidakseimbangan bantuan berkenaan berupaya mengugat ketidakseimbangan maklumat yang tersebar di kalangan masyarakat.

Semoga belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan pada akhir tahun ini berupaya membantu media perdana di negara ini beroperasi dengan lebih baik.


(Penulisan ini dikemaskini pada 24.3.2021: jam 5.00 pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020




 

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.