RENCANA COVID-19: Kematian kalangan kanak-kanak dan remaja membimbangkan.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Mohon klik iklan. Terima kasih atas kerjasama.

KETIKA penulisan ini dikemaskini, dilaporkan hampir 70 kematian membabitkan kanak-kanak dan remaja sejak penularan virus Covid-19 dikesan di negara ini.

Jumlah kematian itu harus dilihat sebagai sesuatu hal yang serius. Penjaga, ibu bapa kepada kanak-kanak dan remaja terbabit harus memainkan peranan yang sewajarnya.

Laporan yang dipetik daripada laporan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu seharusnya dipandang serius dan golongan terbabit harus dilindungi daripada dijangkiti virus yang mampu membunuh itu.

Penjaga, ibu bapa kanak-kanak terbabit harus memainkan peranan melindungi kanak-kanak terbabit kerana golongan terbabit berhak dilindungi daripada apa-apa ancaman.

Perlindungan itu wajar dilakukan kerana dibimbangi virus Covid-19 memberi kesan jangka masa panjang terhadap jantung, pencapaian akademik serta berkaitan tahap daya tahan penyakit golongan terbabit.

Selain itu, jangkitan di kalangan kanak-kanak di negara ini harus dipantau secara serius kerana kejadian yang berlaku di  Amerika Syarikat harus dijadikan iktibar.

Wabak yang bermula 23 September 2020 hingga 7 Oktober lalu di Amerika Syarikat hingga kini jumlah kumulatif kes Covid-19 babitkan kalangan kanak-kanak melebihi enam juta pesakit. 

Musibah yang menimpa di kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat itu seharusnya dijadikan pengajaran kepada masyarakat negara ini kerana golongan kanak-kanak dan remaja berhak dilindungi walaupun terdapat di kalangan mereka tidak faham bahaya virus Covid-19.

Golongan terbabit adalah pelapis kepada generasi kini dan sewajarnya mereka dilindungi daripada apa-apa ancaman, terutama ancaman kesihatan.


Rujukan:

Harian Metro Online. 67 kematian kanak-kanak, remaja akibat Covid-19 tahun ini.  September 20, 2021.
Berita Harian Online, 6 juta kanak-kanak AS dijangkiti COVID-19. Oktober 16, 2021. 
Berita Harian Online, Mungkin ada kesan jangka panjang COVID-19 kepada kanak-kanak. Jun 2, 2021.

(Penulisan ini dikemaskini pada 21.10.2021)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.