RENCANA: Impak media baharu terhadap media lama

Sulaimansalleh2015@gmail.com

ALAT komunikasi yang dikenali media massa berevolusi ribuan tahun lalu, bermula lukisan-lukisan di dinding gua-gua, tulisan-tulisan di helaian-helaian kulit pokok terpilih dan kulit-kulit haiwan, cetakan manual hinggalah penggunaan alatan elektronik pada masa kini.


Evolusi yang berlaku membabitkan pelbagai jenis media antaranya buku, majalah, suratkhabar, radio, televisyen dan media baharu memerlukan perbincangan lain kerana tiap media yang wujud mempunyai sejarah kewujudannya yang tersendiri. 


Sekadar mengambil perbincangan ringkas mengenai evolusi media dan kesannya terhadap surat khabar, perkhidmatan berita, majalah, radio, televisyen dan internet di negara ini.


Membincangkan mengenai evolusi media, pembincangannya tidak akan ada titik notah. Hampir setiap masa media akan terus berevolusi. Setiap masa dan ketika juga media akan terus dibincangkan mengenai kesan baik dan buruknya.


Evolusi media seperti surat khabar, radio, televisyen dan internet dari semasa ke semasa sentiasa mengalami perubahan dan berevolusi. Contohnya, media berbentuk akhbar dikatakan berkaitan dengan kronologi manusia yang wujud pada zaman Cro-magnon pada 35,000 sebelum masehi dan lukisan gua manusia pra-sejarah dikatakan wujud pada 22,000 sebelum masehi


Menurut Everett M. Rogers (1993) dari semasa ke semasa media yang sedia ada masa kini terus mengalami perubahan yang berhubung kait dengan perkembangan teknologi. Perkembangan teknologi itu menyebabkan hampir semua media yang ada saling bersaing bagi menarik perhatian masyarakat. 


Contohnya, pada tahun 1900, media akhbar terus menguasai penyampaian maklumat dan berita terkini kepada masyarakat. Media ini terus menjadi sumber utama masyarakat bagi mendapatkan maklumat dan berita terkini dalam tempoh beberapa dekad. 


Persaingan yang hebat hanya berlaku apabila pemancaran radio harian mengikut perancangan pertama oleh DKKA di Pittsburgh pada tahun 1920. 


Persaingan daripada radio mulai dirasakan apabila maklumat dan berita terkini dapat disampaikan dengan lebih cepat dan secara langsung berbanding akhbar. Kewujudan media baru itu menyebabkan akhbar mulai merasakan kedudukannya sebagai media utama terjejas. 


Ketika itu, petugas-petugas media sentiasa berusaha memastikan maklumat dan berita yang disampaikan kepada masyarakat dapat memuaskan hati pelanggan mereka. Teknologi pencetakan yang berkaitan mutu akhbar juga sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi memuaskan pelanggan yang mempunyai pelbagai kehendak dan kemahuan. 


Seperti mana nasib yang dialami akhbar apabila muncul pesaing baru yang berkaitan dengan teknologi komunikasi radio juga tidak terkecuali apabila pada tahun 1941 televisyen ditontonkan buat pertama kalinya kepada orang awam. 


Kemunculan pertama kali televisyen di khalayak menandakan bahawa media yang dikenali radio ini mulai merasakan kedudukannya sebagai media yang mendapat perhatian orang ramai mulai tergugat. 


Melalui kelebihan memaparkan visual bersama peti suara menyebabkan hampir setiap individu pada zaman itu akan berasa bangga jika memilikinya. Untuk memastikan mereka terus diminati, petugas-petugas stesen radio perlu berusaha lebih untuk terus mendapat maklumat dan berita terkini. 


Malah, kedua-dua media baru terbabit mulai menjadikan hiburan samada drama atau muzik sebagai satu daripada daya tarikan untuk menarik perhatian pendengar atau penonton. Selain daripada maklumat dan berita, seperti mana yang berlaku pada akhbar dan radio mulai menjadi pilihan yang kedua berbanding televisyen. 


Pengaruh media baru kesan daripada perkembangan teknologi komunikasi seolah-olah semakin hebat dan berpengaruh. Hingga menyebabkan terdapat syarikat penerbitan akhbar dan radio yang berpegang kepada cara lama dalam operasi mereka terpaksa `gulung tikar’ dan menghentikan operasi.


Bagaimanapun, disebabkan kesungguhan untuk kekal meneruskan operasi, kebanyakan syarikat media samada akhbar, radio dan televisyen yang mengikut rentak dan perubahan semasa bagi membolehkannya meneruskan operasi.


Akhbar dan radio yang mudah dibawa di mana-mana membolehkannya mempunyai minat yang tersendiri daripada masyarakat berbanding peti televisyen. Bagi mereka yang bekerja, akhbar akan dibaca sebelum atau pada waktu rehat. Radio yang bersaiz kecil dan mudah dibawa di mana-mana menjadi sumber utama khalayak mendapatkan hiburan. 


Pada masa ini, kemunculan media baru yang dikenali internet seolah-olah membuka lebaran baru dalam teknologi komunikasi. Kemunculannya seolah-olah menguasai kesemua media yang ada. Sehingga penulisan ini dihasilkan sudah terdapat akhbar, radio dan televisyen yang boleh dibaca, didengar dan ditonton melalui internet.


Evolusi media yang dikenali sebagai internet ini semakin canggih dan berpengaruh. Selepas media internet ini apakah media baru yang bakal muncul? Pastinya media itu akan lebih bersifat global seperti mana yang terdapat pada internet. 

 

 

(Penulisan ini dikemaskini pada 6.1.2021: jam 9.00 am)

Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.