BLOGGER: Media utama generasi baharu.

                                                       




Sulaimansalleh2015@gmail.com

MENGENALI blog dan blogger adalah cara terbaik sebelum seseorang menceburi bidang ini di media sosial kerana media ini adalah antara pilihan utama generasi baharu pada masa kini.


Terdapat persamaan media sosial seperti blogger dengan media perdana iaitu media yang perlu mendapat permit operasi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu kedua-dua media ini harus menarik perhatian pembaca atau penonton mereka seramai mungkin bagi mendapatkan bayaran.

Bagaimanapun, bayaran itu berbeza iaitu media perdana mendapat bayaran daripada pengiklan secara langsung, media sosial pula mendapat bayaran dari Google Adsense sebaik tayangan iklan bermula di media sosial berkenaan.

Secara umumnya, blogger adalah individu yang menulis di sesuatu blog. Penulis bloggger kebiasaannya hanya seorang dan bahan penulisan yang disiarkan adalah pandangan penulis mengenai sesuatu perkara atau isu yang diketengahkan.

Kebiasaanya, bahan yang disiarkan oleh blogger di blog adalah bidang kepakarannya atau kemahirannya dalam isu yang dikupas atau diketengahkan. Contohnya, seorang peguam yang mempunyai blog akan menulis mengenai bidang guaman yang mana beliau adalah pakar dalam bidang berkenaan.

Berbeza dengan laman sesawang (webside), kebiasaanya mengandungi pelbagai ruang atau kolumn dan disumbang oleh ramai penyumbang atau lebih dari seorang penyumbang. Terdapat juga laman sesawang yang dimiliki oleh agensi kerajaan, sektor swasta atau media baharu.

Bagi penulis, blog lebih sesuai kerana ianya mudah diurus dan dikongsikan dengan rakan-rakan atau kumpulan (group) di media sosial.


(Artikel ini dikemaskini pada 29.9.2020: jam 11.20am)

Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.