RENCANA COVID-19: Kematian kalangan kanak-kanak dan remaja membimbangkan.
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Mohon klik iklan. Terima kasih atas kerjasama. KETIKA penulisan ini dikemaskini, dilaporkan hampir 70 kematian membabitkan kanak-kanak dan remaja sejak penularan virus Covid-19 dikesan di negara ini. Jumlah kematian itu harus dilihat sebagai sesuatu hal yang serius. Penjaga, ibu bapa kepada kanak-kanak dan remaja terbabit harus memainkan peranan yang sewajarnya. Laporan yang dipetik daripada laporan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu seharusnya dipandang serius dan golongan terbabit harus dilindungi daripada dijangkiti virus yang mampu membunuh itu. Penjaga, ibu bapa kanak-kanak terbabit harus memainkan peranan melindungi kanak-kanak terbabit kerana golongan terbabit berhak dilindungi daripada apa-apa ancaman. Perlindungan itu wajar dilakukan kerana dibimbangi virus Covid-19 memberi kesan jangka masa panjang terhadap jantung, pencapaian akademik serta berkaitan tahap daya tahan penyakit golongan terbabit. Selain itu...