COVID-19: Kematian jururawat, mufti, artis.

Sulaimansalleh2015@gmail.com
Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama.

VIRUS yang dikenali Covid-19 sejak menular ke Malaysia pada awal Mac 2020 lalu kini mengakibatkan kematian lebih 3,000 membabitkan rakyat negara ini.


Dalam tempoh itu, terdapat beberapa individu yang kebanyakannya dikenali ramai dan bertugas di barisan hadapan meninggal dunia akibatnya:

1. Aishah pergi beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan (Berita Harian Online, 4 Jun 2021).
    Difahamkan, Siti Aishah Mohd Zamri, 26 tahun, yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Labuan meninggal dunia pada 2 Jun 2021, selepas dimasukkan ke wad akibat jangkitan COVID-19 pada 26 Mei 2021.
    Arwah dipercayai kontak rapat kepada seorang pesakit yang menerima rawatan di wad Hospital Labuan yang positif COVID-19. Ketika itu, arwah sedang mengandungkan anak pertamanya.
    Bagaimanapun, anak sulung yang dikandung, hasil perkahwinannya kira-kira setahun lalu gagal diselamatkan.

2. Mufti Perak,Tan Sri Dr Harussani Zakaria meninggal dunia (Berita Harian Online, 30 Mei 2021).
    Pada 19 Mei 2021, Berita Harian Online menyiarkan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, disahkan positif COVID-19 dan beliau dikatakan menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.
    Jenazah Harussani dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya pada 30 Mei, kira-kira jam 6.20pm.

3. Makcik Petir sudah tiada... Noryati Taib meninggal dunia (mStar Online, 07 April 2021).
    Difahamkan, Noryati Taib, 63 tahun, atau dikenali Makcik Petir di kalangan peminatnya mengidap penyakit kencing manis dan disahkan positif Covid-19 pada awal Februari 2021 lalu.
    Sepanjang karier lakonan, Norhayati popular dengan drama Syurgamu Ramadan, Dotty, Tari Tirana, Makcik Marry dan banyak lagi drama yang beliau berlakon.
    Jenazah Noryati selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh Johor Bahru pada 7 April, kira-kira jam 9 pagi.

4. Jururawat hospital UiTM meninggal dipercayai akibat COVID-19 (Berita Harian Online, 2 Februari, 2021.
    Difahamkan, Artini Dzolkarnaini, 41, yang sarat mengandung anak kelima meninggal dunia di Hospotal Teknologi Mara (UiTM) akibat komplikasi Covid-19, kira-kira jam 5.30am, 2 Februari 2021. 


Semoga roh mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 terutamanya,  tenang di alam baharu di sana. Amin.


(Penulisan ini dikemaskini pada 31.5.2021: jam 4.30 pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.