RENCANA: Komunikasi kendiri atasi pandemik Covid-19.

Sulaimansalleh2015@gmail.com






PANDEMIK Covid-19 yang melanda negara untuk kali ketiga memberi pelbagai reaksi di kalangan masyarakat. Kesan pandemik yang ditunjukkan oleh pelbagai individu menghadapi gelombang yang tidak diduga ketika jangkitan harian kebanyakannya kurang daripada dua angka.

Beberapa pemimpin negara ketika memberikan sidang media yang dilakukan secara langsung samada di saluran media perdana atau media sosial, kerapkali menyebut perkataan kendiri adalah cara terbaik mengawal pandemik Covid-19.

Secara umumnya kendiri bermaksud penilaian seseorang terhadap dirinya sendiri. Tanggapan itu pula samada dalam bentuk positif atau negatif.

Penulis melihat komunikasi kendiri adalah proses komunikasi berkaitan diri seseorang individu dengan dirinya sendiri. Contohnya komunikasi kendiri terjadi apabila seseorang berfikir, bermonolog, dan hal lain berkaitan komunikasi dengan dirinya sendiri.

Kebanyakan sarjana komunikasi mengaitkan kendiri sama dengan komunikasi intraperibadi seseorang terhadap sesuatu perkara atau isu yang berkaitan dengan dirinya.

Umumnya, komunikasi intraperibadi adalah asas komunikasi dengan individu lain (interperibadi), kumpulan kecil, kumpulan besar, organisasi, media massa (samada media sosial atau media perdana).

Komunikasi yang dilaksanakan oleh seseorang samada membabitkan interperibadi, kumpulan kecil atau di media sosial mengambarkan bahawa individu terbabit mempunyai komunikasi kendiri yang baik atau sebaliknya.

Kebiasaannya, komunikasi di ruang yang lebih luas seperti di media sosial, menggambarkan individu terbabit juga menghadapi masalah komunikasi intraperibadi.

Pandemik Covid-19 banyak memperlihatkan siaran komen-komen di media sosial terutamanya, melangkau adab berkomunikasi di antara seseorang individu dengan kumpulan yang lebih besar.

Komen-komen yang disiarkan memperlihatkan keperibadian individu terbabit terutamanya berkaitan keyakinan dirinya apabila berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Keyakinan itu dilihat membabitkan kebimbangan persediaannya berhadapan pandemik yang sedang melanda negara dan dunia pada hari ini.

Berhadapan pandemik Covid-19 ini, perlulah memperkuatkan komunikasi kendiri kerana ia adalah benteng terbaik supaya kita lebih bersedia berhadapan pandemik yang melanda negara dan dunia hari ini.

Semoga vaksin penyembuh virus pembunuh ini segera ditemui kerana jumlah jangkitan dan kematian terus meningkat setiap detik yang berlalu.


(Penulisan ini dikemaskini pada 14.10.2020: jam 1.40am)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.