BLOGGER: Kajian pendapatan seorang blogger.

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama.




Penyelidikan yang dilakukan lebih setahun lalu berjaya dilengkapkan dan pembentangan hasil kajian juga sudah dilakukan.




Berdasarkan laporan di Google Adsense akaun Sulaimansallehkuis2.blogspot.com diberi tempoh percubaan selama tiga bulan iaitu bermula 31 Julai hingga 29 Oktober 2020. Hingga catatan ini dikemaskini tempoh iklan percubaan berkenaan sudah berakhir.

Selepas tarikh tayangan iklan percubaan berakhir pada November lalu, tayangan iklan yang diharapkan memberi pendapatan melalui blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com berlaku pada akhir tahun 2020 lalu, sekitar jam 8pm-9pm.

Bermula 1 hingga 7 Januari lalu, jumlah pembaca di blog ini seramai 1,000 orang dan pendapatan awal yang diperolehi adalah sebanyak USD1.60 saja. Berbeza pendapatan bayangan atau jangkaan sekitar RM300 bagi setiap 1,000 pembaca.

TAYANGAN IKLAN DISEKAT

Selain itu, blog penulis ini kerap diberi peringatan bahawa bilangan iklan yang boleh dipaparkan telah dihadkan kerana dibimbangi terdapat trafik tidak sah.

Jangkaan penulis bahawa sekatan tayangan iklan itu adalah sementara menjadi kenyataan apabila iklan kembali ditayangkan pada 14 Januari 2021.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, sekali lagi tayangan iklan di blog berkenaan dihentikan tayangannya.

Selepas melihat pandangan beberapa Youtuber yang juga memiliki blog sendiri, masalah berkaitan berlaku dipercayai Google Adsense tidak benarkan perkongsian artikel di blog berkenaan dilakukan secara terus melalui media sosial seperti facebook, whatsapp, telegram dan sebagainya.

Sebagai langkah menayangkan semula iklan di blog ini, penulis berusaha menasihatkan pelayar blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com melanggan atau akses menggunakan bookmarks browser.

Secara umumnya, bookmark bermaksud pautan kegemaran atau pautan tersimpan yang membolehkan seseorang pelayar sesuatu blog atau laman web berupaya mengaksesnya sekali lagi tanpa mencari tapak blog atau laman sesawang yang dikehendaki itu di enjin carian.

Contoh pautan lengkap yang dilarang dikongsi hingga sekatan iklan oleh Google Adsense adalah seperti  https://www.sulaimansalleh.blogspot.com/post/edit/847228786?hlm.ms

Tayangan iklan di blog yang dikaji ini sekali lagi mula menayangkan iklan pada 8 Februari 2021 lalu.

Sekali lagi, tayangan iklan di blog ini disekat tanpa diketahui punca sebenarnya dan jumlah pembaca harian ketika itu kebanyakannya lepasi 100 pembaca atau viewer.

Sekatan tayangan iklan beberapa kali dalam tempoh dua bulan, menyebabkan jumlah kutipan hasil tayangan iklan berjumlah US4.03 sahaja.

Sekatan tayangan iklan kali ketiga di blog yang dikaji sekali lagi disekat tayangannya, secara rasminya penulis menerima mesej dari Google yang dikirim di emel pada 12 Mac 2021. Dimaklumkan tayangan iklan di blog berkenaan disekat bermula 11 Mei hingga 10 April 2021.

Helo,

Baru-baru ini kami telah mengesan trafik tidak sah dalam akaun anda (Kod Penerbit: pub-.......). Oleh yang demikian, kami telah menggantung akaun anda buat sementara waktu selama 30 hari. Sepanjang tempoh ini, tiada iklan akan dipaparkan di tapak, apl mudah alih atau saluran YouTube anda. 

Mengapakah akaun saya digantung?

Aktiviti tidak sah: Berbilang klik:
Kami mendapati tika seorang atau lebih ramai pengguna yang telah mengklik iklan anda berulang kali. Perbuatan ini dilarang oleh dasar program kami. Klik pada iklan Google hendaklah berasal daripada minat pengguna yang tulen. Penerbit tidak boleh meminta pengguna lain memuat semula atau mengklik iklan mereka. Perkara ini termasuk meminta pengguna untuk menyokong tapak, apl mudah alih atau saluran YouTube anda, menawarkan ganjaran kepada pengguna untuk melihat iklan atau melakukan carian dan berjanji untuk mengumpul wang bagi pihak ketiga untuk tindakan sedemikian. Selain itu, mengklik iklan anda sendiri dan menggunakan alat mengklik atau sumber trafik automatik, robot, atau perisian penipuan yang lain juga dilarang.

Kami faham bahawa anda mungkin ingin mengetahui lebih lanjut tentang trafik tidak sah yang telah kami kesan. Oleh sebab maklumat ini boleh digunakan untuk memintasi sistem pengesanan proprietari, kami tidak dapat memberikan maklumat tentang aktiviti akaun yang khusus kepada penerbit kami, termasuk apa-apa halaman web atau pengguna yang mungkin terlibat.

Penggantungan ini adalah untuk sekali dan tidak boleh dirayu. Selepas 30 hari, kami akan mendayakan semula siaran iklan pada akaun anda secara automatik.

Jika anda memerlukan masa yang lebih lama untuk mengenal pasti dan menghentikan trafik tidak sah, sila alih keluar kod iklan anda daripada tapak, apl mudah alih atau saluran YouTube anda untuk mengelakkan iklan daripada dipaparkan.

Harap maklum bahawa sekiranya terdapat apa-apa isu tambahan ditemui dalam akaun penerbit anda sewaktu tempoh penggantungan sementara, akaun anda mungkin dilumpuhkan secara kekal walaupun tempoh penggantungan belum berakhir. Sila semak senarai sebab utama penutupan akaun untuk membantu anda memahami kemungkinan sebab akaun penerbit mungkin dilumpuhkan.

Jika akaun anda didapati mempunyai trafik tidak sah pada masa depan, akaun tersebut akan tertakluk kepada penalti tambahan dan mungkin dilumpuhkan secara kekal.

Bagaimanakah penggantungan tersebut mempengaruhi pembayaran saya?

Anda akan layak untuk mula menerima pembayaran semula setelah penggantungan akaun anda dibatalkan dan mula menjana trafik sah yang mencukupi.

Akibat daripada penggantungan tersebut, kami akan menolak hasil daripada pendapatan anda dan setakat yang bersesuaian dan mungkin, kami akan mengkreditkan kembali hasil tersebut kepada pengiklan. Selain itu, setelah penyiaran iklan disambung semula di tapak, apl mudah alih atau saluran YouTube anda, kami akan menggantung apa-apa pembayaran masa depan selama 30 hari—anda akan memperoleh hasil dalam tempoh masa tersebut dan, jika akaun anda kekal dalam kedudukan yang baik, hasil terus akan dibayar dalam tempoh pembayaran seterusnya.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku lagi?

Untuk membantu anda mengenal pasti kemungkinan sumber masalah, kami mengesyorkan agar anda menyemak sumber berikut:

Semak artikel sebab utama penggantungan akaun dalam Pusat Bantuan AdSense kami.

Jangan klik iklan langsung di tapak anda sendiri. Uji klik iklan di tapak anda menerusi bar alat Google Publisher.

Ketahui cara membahagikan trafik anda. Tindakan memahami dan memantau trafik ke tapak anda mungkin membantu anda mengenal pasti sumber trafik tidak sah.

Semak Pusat Sumber Kualiti Trafik Iklan untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang trafik tidak sah.

Kami menggalakkan agar anda bertindak secara proaktif untuk memastikan trafik iklan anda mematuhi garis panduan dan dasar kami. Terima kasih terlebih dahulu atas pemahaman dan kerjasama anda. Kami berharap anda kembali ke rangkaian dalam kedudukan yang baik selepas penggantungan tamat.

Yang Benar,

Pasukan Kualiti Trafik Iklan Google


Beberapa hari selepas menerima mesej rasmi berkenaan, penulis mendapati jumlah pendapatan di Google Adsense dikurangkan daripada USD4.03 kepada USD2.09. Dipercayai ianya berkaitan kemaskini yang dilakukan oleh Google Adsense terhadap hasil kutipan iklan yang dipercayai diklik oleh pelayar atau pembaca yang sama di blog yang dikaji.

Berdasarkan laman Google Adsense penulis, dinyatakan sekatan tayangan iklan akan berakhir di blog penulis pada 10 April 2021.

Pada 11 April 2021, penulis menerima emel rasmi daripada Pasukan Kualiti Trafik Iklan Google;

Helo,

Kami ingin memaklumi anda bahawa akaun penerbit iklan Google anda (Kod Penerbit: pub-.............) telah didayakan semula berkuat kuasa serta-merta dan kini layak memaparkan iklan AdSense / AdManager. Jika anda masih memerlukan masa yang lebih lama untuk menangani isu kualiti trafik, sila alih keluar kod iklan daripada tapak, apl mudah alih atau saluran YouTube anda untuk mengelakkan iklan daripada dipaparkan. Anda akan layak untuk mula menerima pembayaran semula setelah akaun anda menjana trafik sah yang mencukupi. 

Sebagai peringatan, harap maklum bahawa jika trafik tidak sah berterusan, kami mungkin perlu mengambil tindakan lanjut, seperti melumpuhkan akaun anda secara kekal, untuk melindungi ekosistem pengiklanan kami.

Untuk mendapatkan amalan terbaik tambahan bagi membantu anda memastikan akaun anda berada dalam kedudukan yang baik, sila lawati Dasar Program AdSense, Garis Panduan Rakan Kongsi Pengurus Google Ad dan Pusat Sumber Kualiti Trafik Iklan. Jika anda ingin menguji iklan yang dipaparkan di tapak, apl mudah alih atau saluran YouTube anda, sila gunakan bar alat Penerbit Google (tersedia untuk Android atau iOS juga)

Kami menggalakkan agar anda bersikap proaktif dalam memastikan bahawa trafik iklan anda mematuhi garis panduan dan dasar kami.  Terima kasih atas minat berterusan anda dengan program AdSense.

Yang Benar,

Pasukan Kualiti Trafik Iklan Google



TAYANGAN IKLAN

Selain itu, perkongsian artikel yang baharu dihasilkan di mana-mana media sosial sesuai dilakukan selepas dua jam kerana iklan akan mula ditayangkan selepas tempoh masa itu.

Pendapatan seseorang blogger hanya akan diperolehi jika iklan diklik oleh pembaca. Setiap iklan yang diklik blogger akan perolehi sebanyak US0.02.

Dilampirkan hasil pendapatan (gambaran awal) yang diperolehi bersama peringatan daripada Google Adsense.




Sebelum ini, berdasarkan tautan pendapatan bayangan, pendapatan yang boleh diperolehi dari Sulaimansallehkuis2.blogspot.com adalah seperti berikut:



Viewer atau tontonan harian yang lepasi 1,000 sehari, pendapatan bayangan maksimum yang boleh diperolehi oleh seseorang blogger adalah sebanyak US310 (maksimum) bersamaan kira-kira RM1,200 sehari.



Blog Sulaimansallehkuis2.blogspot.com ini juga adalah satu kajian lapangan yang dilakukan oleh penulis untuk mengetahui liku-liku mengusahakan sebuah blog serta pendapatan yang boleh diperolehi daripadanya.

Penulis sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan di blog ini bagi meneruskan kajian yang dilakukan di samping membantu mereka yang berminat menjadi seorang blogger.

PERBEZAAN PENDAPATAN BLOGGER DAN YOUTUBER

Sementara itu, berdasarkan pemerhatian awal saya, terdapat perbezaan antara blog dan youtuber terutamanya dari modal permulaan. Blogger tidak perlukan banyak modal berbanding youtuber tetapi pendapatan blogger sangat kurang berbanding youtuber.

Pendapatan seorang blogger hanya berdasarkan iklan yang diklik oleh pembaca, tetapi pendapatan youtuber apabila iklan tidak dilangkau oleh penonton. Terdapat penonton membiarkan iklan hingga habis tayangan dan secara kebetulan memberi pendapatan kepada youtuber. 

Bagaimanapun, seorang youtuber memerlukan komputer yang sesuai serta software yang diterima oleh Youtube.com. Anggaran perbelanjaan seorang youtuber sekitar RM300 hingga RM400 sebulan hingga laman youtube miliknya ditayangkan iklan dan menerima bayaran daripada Google Adsense.

Kajian mengenai pendapatan seorang Youtuber sedang dilakukan, dijangkakan akan dapat diselesaikan dalam tempoh empat hingga enam bulan ketika penulisan ini dikemaskini.

Semoga perkongsian ringkas ini memberi manafaat kepada mereka yang berminat menjadi seorang blogger atau youtuber.


(Artikel ini dikemaskini: 31.12.2021)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.