WANG DIGITAL: Sejarah dan status wang digital, kripto dan bitcon?

Oleh Sulaiman Salleh
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Mohon klik iklan. Terima kasih atas kerjasama.

WANG adalah alat pertukaran yang mempunyai nilai tertentu dan diakui sah oleh pemerintah. Ianya juga sering dikaitkan dengan kerja yang dilakukan hingga diberikan ganjaran yang setimpal serta menunjukkan kerajinan seseorang melaksanakan tugas yang diberikan.


Secara umumnya, wang adalah sesuatu yang diterima masyarakat umum serta sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran terutama dalam urusan jual beli.


SEJARAH WANG DIGITAL

Sejarah wang digital yang kini kebanyakannya dikenali sebagai kripto, bitcon dan pelbagai nama lain mula dikesan pada tahun 1998 apabila Wei Dai (sebuah sistem tunai elektronik tersebar yang tidak dikenali) menerbitkan deskripsi "b-money".

Nick Szabo, juga sebuah sistem tunai elektronik tersebar yang tidak dikenali, mencipta 'Bit Gold' iaitu sistem mata elektronik yang kehendaki pengguna membuktikan penyelesaian kerja yang disusun secara kriptografi dan menerbitkannya.

Perkembangan seterusnya, Hal Finney, membuat sistem mata wang berdasarkan bukti kerja yang dilakukan oleh Wei Dai dan Nick Szabo.

Bermula dari perkembangan itu, pelbagai usaha dilakukan oleh pembuat sistem tunai elektronik untuk membolehkan wang digital ini diterima dan diiktiraf sebagai wang sah di sisi undang-undang. Seterusnya, menjadikannya sebagai perantara urusan jual beli dalam talian yang sah.


STATUS WANG DIGITAL

Pada masa kini, perbincangan mengenai status wang digital ini kerap dilakukan di beberapa negara.

Pada Ogos 2014, Perbendaharaan United Kingdom melakukan kajian mengenai mata wang kripto terutama fungsi dalam ekonomi UK dan kawalan keselamatan terhadap wang digital ini.

Baru-baru ini, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan firma broker saham yang dikenali DBA Vickers diberikan lesan untuk menawarkan khidmat token pembayaran digital di negara itu.

MAS juga memaklumkan firma pertukaran mata wang kripto Australia, iaitu Independent Reserve sudah mendapat lesen bagi perkhidmatan token berkenaan.

Bagaimanapun, pada masa kini, daripada data yang diperolehi beberapa negara antaranya China dan Hong Kong mengharamkan perdagangan wang digital terbabit.

Di Malaysia dan beberapa negara yang mempunyai penduduk ramai menganut ajaran Islam sudah memberikan pandangan mengenai status pengggunaan wang maya ini.

Di Malaysia, perbincangan mengenai wang digital ini banyak dibincangkan sekitar tahun 2018 lalu dan kebanyakan para ulama Malaysia memberikan penjelasan bahawa wang digital seperti kripto dan bitcon haram di sisi Islam.

Badan Agama Tertinggi Indonesia dan Ketua Agama Majlis Ulama, menyatakan bahawa Bitcon  dan mata wang kripto lain adalah dilarang di bawah undang-undang Islam dan tidak boleh didagangkan di negara itu. 

Dikatakan, kripto menyamai unsur perjudian yang haram di bawah undang-undang Islam serta mempunyai unsur ketidakpastian dan seperti pertaruhan perjudian.

Bagaimanapun, terdapat beberapa badan tertinggi Agama Islam di beberapa negara memberikan pandangan berbeza dan mengharuskan penggunaan wang digital.


LAPORAN BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

Berdasarkan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2020 lalu, dinyatakan wang digital dikeluarkan oleh pihak swasta dan tidak disokong dengan aset dengan menggunakan instrumen token pertukaran (contoh, Bitcon dan Ethereum), token sekuriti dan token utiliti.

Penyimpanan nilai, nilai wang digital tiada sokongan formal dan bergantung pada kuasa pasaran.

Medium pertukaran pula tidak digunakan secara meluas sebagai kaedah pembayaran kerana turun naik harga yang tinggi, mudah terdedah kepada ancaman siber dan isu berkaitan penskalaan (nilai sebenar).

Pada masa kini, wang digital juga tidak digunakan secara meluas untuk penetapan harga barangan dan perkhidmatan kerana disebabkan faktor-faktor di atas.


PENUTUP

Penulis berpandangan wang digital yang diberikan pelbagai nama ini masih disangsikan status halalnya disebabkan tahap keselamatannya, tidak disokong dengan aset dan beberapa perkara lain yang perlu ditambahbaik.

Tahap keselamatan wang digital ini juga masih terlalu rapuh dan saluran pelaburan yang kurang selamat kerana terlalu mudah menjadi mangsa 'scam'.

Tahap keselamatan yang terjamin, berupaya membantu wang digital ini digunakan dengan lebih meluas dan status haram penggunaanya berupaya dibincangkan semula oleh pakar bidang ekonomi Islam terutamanya.


(Penulisan ini dikemaskini pada 12.12.2021)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Rujukan

Berita Harian Singapura (10 Oktober 2021). Mata wang kripto bukan pelaburan untuk pelabur kecil. Singapore Press Holdings.
Berita Harian Online (12 November 2021). Badan Islam Indonesia melarang perdagangan mata wang kripto. New Straits Times Press (M) Bhd. Kuala Lumpur.
Berita Harian Online (26 April 2021) Pilih saluran sah labur mata wang kripto. New Straits Times Press (M) Bhd. Kuala Lumpur.
Kamus Oxford Fajar (2004), New Oxford English-English-Malay Dictionary. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.
https://www.finder.com/my/penipuan-bitcoin
https://ms.wikipedia.org/wiki/Wang#Sejarah_wang
https://prpm.dbp.gov.my
https://www.bnm.gov.my/

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.