BIODATA PENULIS

Sulaimansalleh2015@gmail.com
Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama.









BIODATA PENULIS :
               
Penulis  dilahirkan pada tahun 1971 di Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah hingga menengah juga di Muar, Johor. Pada tahun 1992, penulis melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Sebaran Am) pada Mac 1996.


    Sebaik menamatkan pengajian, penulis bekerja di beberapa syarikat penerbitan buku, majalah dan akhbar. Antara syarikat penerbitan tempat penulis pernah bekerja adalah Pustaka Delta Sdn Bhd sebagai penolong editor bahagian buku/majalah; Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd sebagai wartawan; akhirnya Harian Metro (cawangan Seremban) sebagai wartawan sambilan.
Sambil bekerja penulis meneruskan pengajian di peringkat sarjana di UiTM dan dianugerahkan Sarjana Komunikasi Massa pada April 2005. Kajian di peringkat sarjana yang dilakukan bertajuk `Polisi-polisi Penyiaran, Kementerian Penerangan Malaysia dan Industri Perfileman Malaysia, 1990-1999.
Sepanjang ceburi bidang kewartawanan beberapa anugerah diperolehi antaranya Hadiah Karya Kencana (tajuk karya: Telur Omega-3: Sihat dengan telur tanpa kolestrol; Hadiah Karya Kencana 2001 (Agama dan Falsafah); Anugerah Wartawan Pengguna 1999 (saguhati) dan Anugerah Wartawan Terbaik Pendermaan Organ 2001 (Saguhati).
Pengalaman dalam kerjaya pendidikan, penulis pernah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai; Pensyarah sambilan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi (Fakulti Pengurusan dan Muamalah) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Penulis juga pernah menghasilkan tiga novel yang bertajuk Getaran (Creative Enterprise); Rindu Semalam (Rhythm Sdn Bhd) dan Penghujung Dunia (Rhythm Sdn Bhd). Selain itu, bahan bacaan umum yang bertajuk Komputer, kenderaan, kesihatan, angkasalepas, komunikasi, alam sekitar, haiwan dan tenaga (terbitan Mega Setia Emas Sdn Bhd). Turut pernah menjadi penulis tetap untuk Majalah PC (April 2015-April 2016).

(Artikel ini dikemaskini pada 5.12.2020: jam 6.00pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020


Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.