COVID-19: Dua varian sedang ancam Malaysia.

Sulaimansalleh2015@gmail.com
Note: mohon klik iklan selepas membacanya dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia








BARU-BARU ini negara dikejutkan dengan kematian pertama membabitkan varian Covid-19 yang dikenali varian Indian B.1.617.2 yang dikesan pertama kali di negara ini.

Melalui kenyataan media, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa meninggal dunia selepas beberapa minggu berada di negara ini.

Beliau berkata, mangsa pernah menjalani dua kali ujian saringan Covid-19 iaitu pada 7 April dan 12 April serta disahkan negatif daripada virus itu.

Bagaimanapun, pada 21 April lalu, mangsa menunjukkan tanda-tanda dijangkiti Covid-19 dan dilaporkan positif Covid-19 apabila sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma di sebuah rawatan di negara ini.

Katanya, hingga kini pihaknya mengesan sebanyak dua kes membabitkan varian Indian B.1.617.2.

Sementara itu, Tan Sri Dr Noor Hisham juga menyatakan ketika ini pihaknya juga mengesan varian South African B.1.351 dan varian terbabit sudah menjangkiti seramai 62 individu dalam negara.

"Varian South African B.1.351 dikesan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan," katanya.

Kehadiran lain-lain varian seperti varian UK dan varian Nigeria juga sangat dibimbangi menular masuk ke negara ini.

Akhir 2019 lalu dunia dikejutkan dengan kehadiran sejenis virus yang dikenali coronavirus di Wuhan, China dan kini virus itu lebih dikenali Covid-19. 

Akhir 2020 pula dunia dikejutkan dengan kehadiran varian yang bermutasi dari virus pembunuh itu.

Menyekat kehadiran varian baharu itu memasuki negara yang dicintai ini adalah langkah terbaik. Kerjasama rakyat Malaysia keseluruhannya dan bersatu hati mengawalnya adalah cara terbaik.

Harus diketepikan segala pandangan peribadi, pandangan politik, pemikiran berbeza hingga mewujudkan ketidakselesaan di kalangan masyarakat.

Cara terbaik mengawal kemasukan varian baharu itu dan pandemik Covid-19 ke negara ini adalah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi penguatkuasa lain.

(Penulisan ini dikemaskini pada 13.2.2021: jam 10.00 pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.