COVID-19: Mei, meningkat 20 laporan di Sebenarnya.my
Sulaimansalleh2015@gmail.com
Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama.
SEBENARNYA.MY adalah laman sesawang yang disediakan kerajaan sebagai rujukan tambahan masyarakat negara ini memastikan kesahihan sesuatu maklumat yang diperolehi melalui kebanyakan media sosial.
Berikut laporan di Sebenarnya.my berkaitan Covid-19 di negara ini:
1. Tiada Sebarang Grafik Dikeluarkan Oleh Pihak MITI Bagi Pelaksanaan PKP Fasa Pertama, Bagi Tempoh 1 – 14 Jun 2021.
2. Tiada Kejadian Sebuah Keluarga Meninggal Dunia Di Dalam Rumah Di Taman Merdeka Ketika Dalam Tempoh Kuarantin.
3. Dakwaan Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Dibuka Bagi Golongan Yang Berumur 60 Tahun Ke Bawah Bermula 25 Mei 2021 Adalah Tidak Benar.
4. Dakwaan Bahawa Posmen Akan Bekerja Dari Rumah Adalah Tidak Benar.
5. Dakwaan Pemberian Vaksin Untuk Penduduk Di Sekitar Bandar Seri Putra Adalah Tidak Benar.
6. Dakwaan Bahawa Virus COVID-19 Varian India Telah Menular Di Johor Adalah Tidak Benar.
7. Dakwaan Kononnya Imbas MySejahtera Selepas Jam 8 Malam Bermula 25 Mei 2021 Berkemungkinan Akan Dikompaun Adalah Tidak Benar.
8. Dakwaan 1 Nota Suara Bahawa Vaksin COVID-19 Adalah Beracun Dan Menyebabkan 40 Orang Jururawat Meninggal Dunia Adalah Tidak Benar.
9. Infografik dan Mesej Yang Tular Berkenaan Bilangan Kes Positif COVID-19 Bertarikh 21 Mei 2021 Adalah Tidak Benar.
10. Tiada SOP Had Masa Bagi Orang Awam Yang Berada Di Luar Rumah Atau Premis Selepas Jam 10 Malam Dikenakan Kompaun.
11. Dakwaan Polis Marang Mengenakan Kompaun Terhadap Individu Atau Kumpulan Yang Berada Di Luar Premis Melebihi Jam 10 Malam Adalah Tidak Benar.
12. Dakwaan Bahawa Kawasan Chemor Terdapat Kes COVID-19 Varian Afrika Selatan Adalah Tidak Benar.
13. Dakwaan 200 Penduduk Kampung Pauh Lima Lari Dari Kawasan PKPD Adalah Tidak Benar.
14. Dakwaan Mesej Kononnya Kerajaan Selangor Melancarkan 500,000 Vaksin Sinovac Tambahan Adalah Tidak Benar.
15. Tiada Kes Varian Afrika Selatan Dilaporkan Di Palong, Jempol Dan Tiada Penutupan Jalan Keluar Masuk Di Sekitar Palong 4, 5 dan 6.
16. Berlaku Kesesakan Di CAC Stadium Malawati Ekoran Bilangan Kes Positif Di Negeri Selangor Meningkat.
17. Dakwaan Bahawa Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Berada Pada Tahap Kecemasan Adalah Tidak Benar.
18. Tangkap Layar Video Suasana Di CAC Stadium Melawati Adalah Tidak Benar.
19. PMO Tidak Keluarkan Kenyataan Media Berbahasa Inggeris Berhubung Pelaksanaan PKP.
20. Semua Penerbangan MAB Dari India Ke Malaysia Adalah Penerbangan Kargo.
Mengelakkan menyebarkan maklumat yang tidak pasti ke media-media sosial adalah langkah terbaik mengurangkan penyebaran maklumat palsu atau tidak tepat terutama di negara ini.
Penyebaran maklumat tidak pasti kesahihan serta palsu, perlulah dielakkan bagi membantu kerajaan mengurangkan penyebaran sedemikian di kebanyakan di media sosial.
Sebaran maklumat palsu serta tidak benar berupaya mengugat kestabilan masyarakat, hingga menjejaskan ketenteraman negara.
Oleh itu, sebaran maklumat sedemikian haruslah dielakkan bagi menjaga keharmonian negara yang dicintai dan disayangi ini.
Ulasan
Catat Ulasan