Covid-19: Variannya semakin merbahaya.

Sulaimansalleh2015@gmail.com
Note: Mohon klik iklan yang ditayangkan. Terima kasih atas kerjasama.

BARU-BARU ini negara dikejutkan dengan tiga sekeluarga meninggal dunia dalam tempoh tiga hari akibat virus yang mampu membunuh itu.


Pada 23 Mei lalu, Berita Harian Online melaporkan seorang anggota polis Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah Sentul menerima khabar berita kematian adik bongsunya, berusia 20 tahun hanya 48 jam selepas kematian ibu dan bapanya.

Penduduk negara ini dianggarkan seramai 34 juta orang dan berdasarkan jumlah jangkitan itu, setiap 100 orang akan terdapat hampir 2 orang dijangkiti virus Covid-19.

Virus yang mampu membunuh ini tidak harus dianggap mudah dikawal kerana keupayaannya bermutasi menjadi lebih kebal daripada vaksin serta mudah menjangkiti akan menyebabkannya semakin merbahaya.

Minggu lalu, ketika penulisan ini dihasilkan, negara dikhabarkan kematian pertama membabitkan varian Indian B.1.617.2 di negara ini. Perkembangan terkini, varian berkenaan dikatakan sudah menjangkiti hampir 100 penduduk negara ini.

Melalui kenyataan media, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa meninggal dunia selepas beberapa minggu berada di negara ini dan pernah menjalani dua kali ujian saringan Covid-19 iaitu pada 7 April dan 12 April, namun disahkan negatif daripada virus itu.

Bagaimanapun, pada 21 April lalu, mangsa menunjukkan tanda-tanda dijangkiti Covid-19 dan dilaporkan positif Covid-19 ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma di sebuah rawatan di negara ini.

Selain varian India B.1.617.2 KKM juga mengesan varian South African B.1.351 dan varian terbabit sudah dikatakan sudah menjangkiti hampir 100 individu dalam negara.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat empat varian yang perlu dibimbangkan iaitu varian yang dipercayai berasal dari United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.

Sekadar mengambil dua contoh varian berkenaan, penulis berpandangan masyarakat negara ini harus perihatin dengan pandemik yang sedang mengancam negara. 

Ketika penulisan ini dikemaskini, jumlah jangkitan di negara ini sudah lepasi 500,000 dan kematian lebih 2,300 dalam tempoh lebih setahun lalu.

Semoga masyarakat negara ini sentiasa perihatin dengan penularan virus yang sudah lebih setahun menular di dalam negara ini.


(Penulisan ini dikemaskini pada 27.5.2021: jam 9.00 pm)
Penulis tidak bertanggungjawab terhadap pandangan  melalui artikel ini dan ianya adalah pandangan peribadi daripada pemberi sesuatu pandangan.
Sulaimansallehkuis2.blogspot.com @ copyright2020

Ulasan

Covid-19: Semoga virus Covid-19 segera ditemui vaksin penyembuhnya kerana dunia semakin sengsara

COVID-19: India cemas, jangkitan hampiri 70k sehari.

COVID-19: Gelombang baharu, Malaysia harus menang.

COVID-19: Gelombang baharu, Selangor atasi Kedah

COVID-19: Ancaman baru, bermutasi dan semakin kebal.

COVID-19: Rabu (12.8.2020), viral pelajar dijangkiti sedang disiasat.

COVID-19: 11 kes baru, 5 kes libatkan pelajar sekolah rendah.

COVID-19: Penularannya, Malaysia pernah hampir menang.

COVID-19: ASEAN, 2 negara kritikal, 2 negara kematian sifar.

COVID-19: Data rasmi, Indonesia, jangkitan lepasi 100,000.