COVID-19: Bermutasi, jangka hayat hampir sebulan.
Oleh Sulaiman Salleh Sulaimansalleh2015@gmail.com Gambar ehsan Kementerian Kesihatan Malaysia. BARU-BARU ini dunia dikejutkan apabila China diancam kembali Covid-19 selepas dua pekerja pelabuhan di negara itu disahkan positif Covid-19 yang bermutasi dan mampu bertahan lama di tempat sejuk beku. Berita Harian Online dengan memetik laporan AGENSI menyatakan bahawa China mengesahkan mengesan jangkitan tidak bergejala tempatan pertama dalam tempoh sebulan. Pengesanan itu susulan dua pekerja pelabuhan di bahagian pemunggahan makanan laut sejuk beku di bandar Qingdao, Shandong, didapati positif Covid-19. Pada awal Ogos lalu, pihak berkuasa China menemui virus Covid-19 pada sampel kepak ayam import dari Brazil, di bandar Shenzhen. Pusat kawalan penyakit China menemui virus berkenaan ketika melakukan rutin pengujian sampel makanan sejuk beku yang diimport susulan penularan gelombang baru Covid-19 yang dikaitkan dengan pasar borong Xinfadi di Beijing. Bagaimanapun, ujian Covid-19 ke atas kesemu...